
Melalui pembentangan bajet 2021, daripada keseluruhan intipati bajet berkenaan, ramai yang mengharapkan lanjutan moratorium dilaksanakan semula bagi tahun 2021. Maka, atas pertimbangan kerajaan susulan senario negara semasa berhubung pandemik Covid19, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan semula moratorium kali kedua malah ia lebih mudah dalam pelaksanaanya. Moratorium boleh dipohon hanya secara atas talian online oleh golongan yang berkelayakan. Berikut kami kongsikan cara memohon moratorium secara online mengikut setiap bank dalam negara.
BACA: Senarai Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)
Kategori Yang Boleh Memohon Lanjutan Moratorium Maybank
- Individu B40 yang menerima bantuan BSH/BPR
Hanya pelanggan yang pinjaman/pembiayaan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja.
Dalam inisiatif lanjutan moratorium, maybank menawarkan 2 pilihan kepada pelanggan atau bergantung dengan produk yang telah pelanggan ambil.
- Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
- Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
Tempoh Permohonan Moratorium Maybank
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Permohonan Ditutup |
23 November 2020 | 30 Jun 2021 |
Cara Membuat Permohonan Moratorium Maybank
Langkah 1
- Terus ke pautan Maybank2u.com dan anda akan dapati butang Covid-19 Assistance dan boleh melanjutkan tindakan seterusnya.
- Sekiranya anda kategori B40 atau M40 maka terus ke bahagian butang seperti gambar di bawah
- Anda perlu mengisi butiran yang diminta sebelum menghantar email kepada Maybank.
Langkah 2
- Anda boleh terus email pihak Maybank dengan alamat email: weassist@maybank.com dengan menyertakan butiran maklumat di bawah
Subjek email: Permohonan Bagi Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor Telefon:
Jenis Pinjaman/Pembiayaan (Cth: Pembiayaan Hartanah, Pembiayaan Sewa Beli, Dll):
Nombor Kenderaan (Bagi Pembiayaan Sewa Beli):
Nyatakan Pilihan Anda (Pilihan 1 atau Pilihan 2):
Setelah selesai menghantar email, pihak bank akan menghubungi anda untuk maklumbalas perohonan yang dibuat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai moratorium Maybank, anda boleh hubungi di talian berikut:
Call our Customer Careline at 1-300 88 6688 (Malaysia) or +603-7844 3696 (Overseas) and press *1 for Financial Relief.
Klik Logo Bank Di Bawah Bagi Mengetahui Cara Memohon Moratorium Mengikut Bank Anda
BERKAITAN: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Online