Cara Membuat Tuntutan MySalam Sehingga RM8000

cara membuat tuntutan mysalam

Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan kira-kira RM2.2 Bilion bagi menampung kos perubatan secara percuma terhadap pesakit yang mengalami di antara 36 penyakit kritikal yang disenaraikan. Skim peduli sihat MySalam dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr Dzulkefli Ahmad. Berikut adalah butiran cara membuat tuntutan MySalam sehingga RM8000 secara percuma.

Senarai Penyakit Kririkal Yang Dilindungi Skim MySalam

Syarat Kelayakan Penerima MySalam


Tempoh Pelaksanaan Skim Peduli Sihat MySalam

Tarikh Mula Tarikh Akhir
1 Januari 2019 31 Disember 2023

Pesakit yang telah disahkan mengalami di antara 36 penyakit kritikal sebelum tarikh mula pelaksanaan adalah tidak layak menerima Skim Peduli Sihat MySalam.

Cara Membuat Tuntutan Skim Peduli Sihat MySalam

Skim sihat MySalam menawarkan dua bentuk bantuan kepada penerima.

Daftar Skim MySalam Peduli Sihat Percuma RM8000

Tuntutan 36 Penyakit Kritikal

  1. Mestilah penerima BSH 2019
  2. Telah dimaklumkan melalui SMS bahawa layak menerima MySalam disertakan Kata Laluan
  3. Kunjungi https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  4. cara membuat tuntutan mysalam
  5. Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
  6. Klik butang Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement Form
  7.  Sila bawa borang tersebut kepada doktor yang mengesahkan penyakit kritikal anda dan minta doktor untuk mengisi borang tersebut dengan lengkap.
  8. Scan borang tersebut ke dalam bentuk PDF
  9. Kembali ke pautan https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dan pilih Claim > Claim Submission > CI Claims
  10. Muat naik borang yang diisi oleh doktor dan salinan IC anda depan dan belakang
  11. Kemudian tekan butang Submit untuk tuntutan.

Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian

  1. Mestilah penerima BSH 2019
  2. Telah dimaklumkan melalui SMS bahawa layak menerima MySalam disertakan Kata Laluan
  3. Dapatkan surat keluar wad yang mempunyai tarikh masuk dan keluar wad
  4. Scan surat tersebut kepada bentuk PDF
  5. Kunjungi https://www.mysalam.com.my/b40/public/ kemudian pergi ke pilihan Claim > Claim Submission > Hospitalization
  6. Masukkan semua butiran yang diperlukan kemudian muat naik surat keluar wad dan salinan IC anda (depan dan belakang)
  7. Tekan butang Submit untuk tuntutan.