Cara Membayar Caruman KWSP Secara Online (Panduan Majikan)

Cara Membayar Caruman KWSP Secara Online

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP. Berikut kami kongsikan cara membayar caruman KWSP secara online.

Kadar Caruman KWSP 2021

Kadar caruman bagi majikan dan pekerja terkini yang berkuat kuasa mulai gaji/ upah Januari 2021 boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991Majikan dikehendaki membayar caruman KWSP berdasarkan jadual ini.

Majikan dikehendaki menggunakan Jadual ketiga seperti berikut bagi caruman yang lewat dibayar mengikut tarikh kuat kuasa pada waktu itu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat kadar caruman majikan dan pekerja:

Cara Membayar Caruman KWSP

1. Login website rasmi KWSP ke pautan bahagian majikan (employer) melalui pautan di bawah

https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login

Majikan dikehendaki memasukkan ID dan kata kunci (Password) dalam paparan yang diminta. Bagi majikan yang belum mendaftar akaun online KWSP, ikuti panduan ini, Cara Mendaftar i-Akaun KWSP.

2. Setelah berjaya login, paparan seperti gambar di bawah akan dikeluarkan.

cara membayar caruman kwsp

Klik butan ‘Submit Contribution’.

3. Paparan seterusnya akan dikeluarkan seperti gambar di bawah. Paparan secara automatik menunjukkan bulan dan tahun yang majikan perlu selesaikan caruman.

cara membayar caruman epf

Kemudian klik ‘Next’ untuk langkah seterusnya.

4. Di bahagian ini, jumlah bayaran yang majikan perlu lakukan akan dipaparkan. Jumlah bayaran caruman setiap ahli dalam syarikat akan dipaparkan.

cara membayar caruman kwsp

Kemudian, majikan tik bahagian kotak ‘I confirm that:…” seperti dalam gambar di atas. Selepas itu klik butang ‘Next’.

5. Paparan seterusnya akan menunjukkan pilihan cara membayar caruman. Pilihan kaedah pembayaran ada disenaraikan. Kami sarankan menggunakan online banking Maybank2u, mudah, selamat dan cepat.

panduan membayar EPF

Klik simbol bulatan dalam senarai kaedah pembayaran yang hendak dipilih. Kemudia tekan butan ‘Proceed’.

6. Pembayaran BERJAYA!

bayar kwsp secara online majikan

Pastikan majikan memuat turun resit (Download Receipt) sebelum logout akaun KWSP.

Tarikh Membayar Caruman.

Majikan haruslah memastikan telah membayar caruman kepada pekerja sebelum tarikh 15 haribulan setiap bulan. Sebagai contoh, gaji pekerja bulan Januari 2021 Maka Bulan Caruman adalah Februari 2021 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2021.

Rujuk kaedah pengiraan kadar caruman daripada pautan KWSP, https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/contribution/all-about-your-responsibility