Cara Mandi Wajib Panduan Lengkap

Bagi seorang muslim, mandi wajib merupakan amalan yang mesti akan dilaksanakan apabila telah mencapai syarat tertentu. Oleh sebab itu, setiap muslim harus tahu cara mandi wajib yang telah digariskan di dalam ajaran Islam. Mandi wajib juga disebut seperti mandi junub, atau mandi besar. Mandi wajib adalah membasahkan seluruh bahagian anggota badan dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan meratakan air bersih (air mutlak) sehingga bersih. Tanpa melakukan mandi wajib ini, ibadah solat dan lain-lain tidak sah kerana boleh dianggap berhadas besar (najis).

Antara sebab seseorang itu dikehendaki mandi wajib adalah:

  • Mengeluarkan air mani sama ada sengaja atau pun tidak
  • Selesai haid bagi wanita.
  • Melakukan persetubuhan.
  • Melahirkan anak bagi wanita.
  • Meninggal dunia.

Cara Mandi Wajib

  1. Niat

cara mandi wajib

“NAWAITUL GHUSLA LIRAF’IL HADATSIL  AKBARI FARDLAL LILLAAHI TA’AALA”

Terjemaan: “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar fardhu kerana Allah taala”.

 

2. Meratakan air

Siramkan air ke seluruh badan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pastikan seluruh badan dapat diratakan air khasnya di celah anggota badan dan rambut. Gunakan air mutlak iaitu air yang boleh menyucikan atau membersikan badan seperti air paip, air sungai yang bersih atau air telaga yang bersih.

Bagi memastikan air yang disiram ke anggota badan dapat diratakan, pastikan siraman air bermula daripada atas anggota badan (kepala). Ketika meyiram air, ramas anggota badan yang sukar terkena air seperti telinga, ketiak, dan rambut sehingga diyakini basah rata.

Sebab Wajib Mandi Wajib

Menurut syarak, tujuan mandi wajib adalah bagi menghilangkan halangan daripada melakukan ibadah. Seseorang tidak sah ibadah wajib sekiranya dia berada dalam keadaan hadas besar seperti yang disenaraikan di atas. Ibadah solat, puasa, dan haji tidak sah sekiranya dalam keadaan junub.

Selain menggunakan air mutlak, umat muslim juga boleh menggunakan tanah yang suci (debu) dan batu yang suci. Ini bagi keadaan di mana air mutlak tidak dapat ditemui dalam sedangkan seseorang itu berada dalam hadas besar. Maka dibolehkan untuk menggunakan debuh untuk  berhadas besar. Namun cara utuk melakukannya berbeza daripada menggunakan air.

Bersuci Dengan Debu

Niat نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ الصَّلاَةِ فَرْضً ِللهِ تَعَالَى (NAWAITUT TAYAMMUMA LISTIBAAHATIS SHALAATI FADHAL LILLAAHI TA’AALAA) Ertinya: “Sengaja aku bertayammum untuk melakukan solat fardhu kerana Allah taala”.

Lakukan dengan menepuk kedua belah tapak tangan di atas tanah yang kering, tiup tapak tangan yang berdebuh tadi kemudia sapukan ke muka dan tangan (bahagian luar dan dalam pergelangan tangan).

Syarat Bersuci Dengan Debu

  1. Tidak dapat menemui air mutlak
  2. Masalah kesihatan yang tidak boleh terkena air