
Salah satau syarat seorang muslim ialah melakukan ibadah puasa pada bulan ramadhan. Setelah pengumuman tarikh bulan ramadhan telah dibuat, umat Islam akan melakukan persiapan untuk menyambutnya. Oleh itu, seseorang yang melakukan ibadah puasa hendaklah tahu syarat sah puasa tersebut. Syarat utama untuk melakukan ibadah puasa ialah niat. Berikut adalah cara lafaz niat puasa ramadhan yang anda boleh pelajari dan fahami.
Jadual Berbuka Puasa Mengikut Negeri Seluruh Malaysia
‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa’ (Al-Baqarah: 183)
Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Harian
Arab: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Adaa-i Fardhi Syahri Ramadhaana Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala
Maksud: Sahaja aku berpuasa besok hari bagi menunaikan fardhu bulan ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Ta’ala
Cara Bacaan Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan
Arab: Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Fardha Hazihis Sanati Lillahi Ta’aala
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan yang diwajibkan ke atasku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
BERKAITAN:
Cara Bayar Fidyah Dan Kiraanya
Lafaz Niat Menggantikan Puasa Ramadhan Yang Ditinggalkan