Cara Elak Membayar GST Tips Berguna Buat Peniaga

cara elak membayar gst

Apakah itu GST sehingga ramai yang membangkitkanya? Pengguna pula menjadi pihak terakhir yang akan menanggung GST tanpa dapat membuat tuntutan kepada kerajaan seperti mana sistemnya. Manakalah para peniaga pula merasa terbeban dengan kos mendaftar GST dan sistemnya yang sangat kompleks. Di sini, ada satu cara elak membayar GST yang berkesan untuk para peniaga.

Tapi sebelum itu, sedikit sebanyak mengenai info GST adalah seperti berikut.cara elak membayar gst

Bermula 1 April 2015, kerajaan telah melaksanakan sistem cukai yang disebut sebagai Goods Service and Tax (GST) bagi menggantikan Sales Service Tax (SST) sebelumnya. Bermula daripada tarikh ini, semua peniaga yang memiliki aset atau pendapatan sekurang-kurangnya RM450,000.00 setahun wajib mendaftarkan GST kepada kastam.

Secara umumnya SST mengenakan 10% cukai kepada firma yang terlibat. Manakalah GST pula dilaksana dengan mengenakan 6% cukai kepada semua jenis barang dan perkhidmatan yang telah didaftarkan kepada sistem GST.

Untuk lebih terperinci mengenai GST, anda boleh melayari ke laman ini.

Umumnya pelaksanaan GST telah menyebabkan kenaikan harga barang dan ini sudah pasti terkesan kepada pengguna akhir. Dengan pelaksanaan GST juga, ia menyebabkan peniaga terpaksa mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM8000.00 ke atas untuk mendaftar GST kerana kos tersebut perlu satu sistem yang melibatkan perisian komputer.

Oleh itu, bagaimanakah cara elak membayar GST yang para peniaga perlu tahu? Ilmu ini juga penting buat pengguna kerana ada sesetengah peniaga yang tidak mengenakan GST di pasaran namun sebenarnya mereka telah melakukan cara ini.

Bagi mengelak peniaga daripada mendaftar GST, peniaga hanya memastikan aset atau pendapatan perniagaanya tidak mencapai RM450,000.00 setahun. Peniaga juga harus mengelak daripada merekod penyata kewangan yang boleh mencapai jumlah tersebut. Ini kerana, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam akan memburu peniaga untuk mendaftar GST dan cukai pendapatan.

Ini bukan tindakan yang jahat mahupun melanggar undang-undang. Kerana cara ini hanya sekadar hela agar syarat yang dikenakan dapat dielakkan.

Caranya mudah sahaja, peniaga hanya membuat lebih daripada satu lesen perniagaan dan akaun semasa untuk perniagaan yang sama. Lesen dan akaun semasa seharusnya didaftarkan atas nama orang lain. Untuk lebih selamat, peniaga haruslah mengasingkan premis yang berlainan. Ertinya, anda memiliki lebih daripada satu alamat premis namun sebenarnya anda meniaga jualan yang sama.

Sebagai contoh, dengan adanya dua lesen perniagaan dan akaun semasa, maka jumlah pendapatan itu tadi akan dibahagikan kepada dua akaun. Oleh itu, peniaga akan berjaya mengelak daripada diburu jabatan kastam. Cara ini ramai diamalkan di kalangan peniaga cina dan pihak berkuasa tidak mampu buat apa-apa kerana ia sememangnya tidak melanggar undang-undang.

Ia seolah-olah anda memperbanyakkan premis perniagaan tetapi pendapatan semakin mengecil. Dari sudut yang lain, ia menguntungkan majlis perbandaran atau pemilik bangunan kerana dapat meningkatkan kutipan sewa.

BERKAITAN: Cara Mendaftar Lesen Perniagaan