Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online Untuk Ahli

Berikut adalah butiran cara daftar i-Akaun KWSP secara online untuk pengguna yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta dan telah menjadi ahli penyimpan KWSP (EPF). Butiran ini menerangkan mengenai beberapa cara yang boleh dibuat dan proses pendaftaran yang telah ditetapkan oleh agensi.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Terdapat beberapa cara untuk daftar i-Akaun KWSP iaitu;

  1. Daftar secara online melalui laman rasmi KWSP
  2. Daftar melalui e-mail dengan melengkapkan borang yang diberikan

Daftar i-Akaun Secara Online Melalui Laman KWSP

  1. Ahli perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID ahli.
  2. Ahli juga boleh mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun melalui talian telefon di 03-89226000 semasa hari bekerja isnin-hingga jumaat pada jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang

Setelah mendapat kod pengaktifan i-Akaun, ahli boleh melayari pautan KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login untuk proses pengaktifan. Ahli dikehendaki mengaktifkan i-Akan dengan menggunakan kod yang diberikan dalam tempoh 30 selepas kod pengaktifan diberikan.


Daftar i-Akaun Melalui E-Mail

  1. Ahli yang mendaftar melalui e-mail perlu menghantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my
  2. Kaedah ini tidak memerlukan anda untuk mendapatkan kod pengaktifan kerana agensi akan terus memberikan ID penggunda dan kata laluan untuk membolehkan ahli mengakses i-Akaun.
  3. Dapatkan borang melalui pautan Borang Daftar i-Akaun KWSP.
  4. Isi borang yang diberikan dengan lengkap
  5. Gambar kad pengenalan depan dan belakang
  6. Gambar swafoto ahli bersama kad pengenalan. Sertakan juga gambar resit yang tertera nama ahli dan nombor telefon seperti bil air atau bil elektrik.
  7. Sertakan salinan penyata akaun bank terkini yang masih aktif
  8. Selepas borang dan dokumen yang lengkap dihantar ke iakaundaftar@epf.gov.my berjaya, ahli akan mendapat ID pengguna dan dan kata laluan sementara menerusi SMS bagi mengaktifkan i-Akaun KWSP. Ahli perlu membuat kata laluan baru selepas pengaktifan dilakukan.

Pengaktifan i-Akaun KWSP

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ahli juga boleh mengaktifkan i-Akaun menerusi applikasi telefon yang dimuat naik melalui Appstore.

cara daftar i-akaun kwsp

Setelah berjaya mengaktifkan i-Akaun KWSP, ahli melayari sistem tersebut dengan menyemak pelbagai kemudahan yang disediakan. Berikut adalah senarai kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun KWSP

  1. Memohon pengeluaran i-Lestari (Akaun 2 KWSP)
  2. Memohon e-pengeluaran
  3. Menyemak penyata KWSP tahun terkini dan tahun seterusnya
  4. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  7. Menyemak log aktiviti i-Akaun
  8. Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Bantuan Covid-19