
Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara, perkara pertama yang anda perlu ada ialah Passport. Ia merupakan satu-satunya dokumen rasmi yang diterima pakai hampir seluruh negara bagi membolehkan anda melepasi sempadan di setiap negara. Terumanya mereka yang berhasrat untuk menunaikan umrah, travel mahupun urusan rasmi, dokumen seperti Passport wajib ada. Oleh itu, kami kongsikan di sini cara buat passport secara ringkas.
Proses Membuat Passport di Pejabat Imigresen
– Hadir ke pejabat imigresen terdekat kemudian dapatkan nombor giliran. Sebaiknya datang awal kerana kebiasaanya ramai orang.
– Kebiasaanya petugas ada di sebelah mesin nombor giliran akan tanya tentang jenis urusan yang kita mahukan. Sekiranya berkaitan membuat passport, petugas itu akan berikan borang berwarna merah sekaligus selepas anda dapatkan nombor giliran. Lengkapkan borang merah tersebut.
– Apabila nombor dipanggil, terus ke kaunter dan serahkan IC dan borang merah itu tadi. Petugas kaunter akan tangkap gambar dan buat biometrik di situ juga.
– Kemudian pergi ke bahagian kaunter bayaran dan tunggu nama dipanggil. Selepas nama dipanggil, terus ke kaunter dan bayar. Senarai bayaran adalah seperti berikut:
Jenis Pemohon Passport | Jumlah Bayaran |
Pemohon biasa 13 tahun – 59 tahun | RM200 |
Warga emas 60 tahun ke atas | RM100 |
Kanak-kanan 12 tahun ke bawah | RM100 |
Pelajar yang mengikuti program ijazah ke luar negara (21 tahun ke bawah) | RM100 |
Jemaah Haji | RM100 |
OKU | Percuma |
Cara Buat Passport Mengikut Senario
Lahir Luar Negara
- IC Pemohon
- Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
- Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia
Orang Sabah/Sarawak Yang Buat Passport di Semenanjung
- IC Pemohon dan Sijil Lahir atau
- Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
- Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah/Sarawak terlebih dahulu untuk dapatkan kelulusan dengan tempoh 5 hari bekerja.
Tentera
- Kad pengenalan tentera
Polis
- Nombor pengenalan
- Sijil lahir
Sekiranya anda ingin penerangan yang lebih spesifik dan jelas, boleh ke pautan Rujukan untuk dapatkan info tambahan.
Cara Menebus e-Wallet RM150 e-Pemula Belia
Cara buat passport tidaklah susah, namun bergantung dengan situasi anda. Apa yang lebih menyukarkan ialah apabila pejabat Imigresen selalu dipenuhi ramai orang menyebabkan urusan jadi lambat.