Cara Berkesan Bunuh Lipas Tanpa Berbelanja Banyak

cara berkesan bunuh lipas

Lipas adalah sejenis serangga yang dibenci oleh ramai orang terutamanya para wanita. Ia suka tinggal di bahagian dapur, tandas, longkang dan syiling rumah. Di mana-mana sahaja kawasan yang bersuhu lembap, di situ lipas akan bersarang. Banyak produk di luar sana yang dijual untuk menghapuskan serangga jijik ini namun masih kurang berkesan. Lipas masih ada dan sentiasa mengganggu ketenteraman anda di rumah. Ia bukan sahaja kerana rupanya yang mengerikan, malah bau busuk yang disembur melalui badanya yang sangat menyakitkan pernafasan. Hari ini kami akan kongsikan kepada anda cara berkesan bunuh lipas dengan sangat mudah serta hanya membelanjakan kos yang sedikit.

12333

Dalam banyak-banyak cara, anda boleh cuba cara yang terbukti berkesan untuk membunuh lipas di rumah anda. Cara ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya lakukan beberapa langkah dan nantikan hasilnya.

bunuh lipas
Bahan-bahan:
1 biji telur ayam. Pecahkan dan ambil kuning telur sahaja.
1 botol Asid Borik (Boric Powder). Boleh didapati di kedai hardware, farmasi dan kedai racun serangga.

Langkah-langkah:
1) Campurkan kuning telur dan Asid Borik sehingga sebati. Ia kelihatan sedikit pekat bila sebati.
2) Bentukkan campuran tadi kepada bebola kecil bersaiz guli. Anda boleh hasilkan seberapa banyak yang diperlukan.
3) Keringkan ia dalam tempoh 1 jam.
4) Letakkan bebola tadi ke tempat-tempat tumpuan lipas seperti di sudut tandas, kabinet dapur, bawah almari dan sebagainya. AMARAN! Jauhi tempat yang boleh dicapai kanak-kanak.
5) Kemudian tunggu beberapa hari.

77777797798
Bagaimana proses pembunuhan?

Lipas adalah serangga yang hidupnya bergantung dengan misainya untuk bergerak dan berinteraksi. Lipas akan menyangka bebola tadi itu sebahagian daripada makanan. Ia akan mula menyentuhnya dengan menggunakan misainya. Sekali sentuhan dilakukan, kesan asid borik itu akan mula bertindak. Keupayaan misai lipas akan berkurangan dan lama-kelamahan ia akan mengganggu tumpuan dan keselesaan lipas. Lipas akan tertekan dan mula hilang deria. Kesan ini secara berperingkat akan membunuh lipas itu sendiri. Kesan asid borik yang melekat di misainya juga boleh menjangkiti lipas-lipas yang lain. Kebetulan lipas berkomunikasi sesama mereka dengan cara menyentuh misai.

Dalam 3 hingga 4 minggu anda akan mula menyaksikan lipas mati di kawasan rumah anda. Ia akan berkurang dan akhirnya terhapus. Hanya sekiranya lipas dari kejiranan rumah anda datang dan membina jenerasi baru semula. Biasanya ia akan muncul semula dalam 6 bulan ke atas selepas operasi penghapusan tadi. Lakukan sahaja tugas anda. Dan nikmatilah ketenangan hidup dalam rumah.

PERKONGSIAN SUKAN: Bola Sepak Terkini

Kongsikan tips cara berkesan bunuh lipas kepada jiran anda agar semakin ramai dapat menikmati ketenteraman dalaman rumah. Sekian.

PANAS! SILA BACA: Gambar Pelancong Malaysia Berak di Jepun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*