Bot Karam Rampayan Laut Kota Belud Sabah

bot karam rampayan laut kota belud

Kota Belud, Ahad 21 Ogos 2016. Kejadian bot karam Rampayan Laut Kota Belud di Sabah. Bot kayu yang dinaiki penduduk Pulau Mantanani termasuk guru dari SK Mantanani telah terbalik dan karam di muara Rampayan Laut Kota Belud. Kejadian berlaku kira-kira 3.50 petang tadi.

Menurut laporan, 2 orang guru telah disahkan mati lemas iaitu Cikgu Kamariah dan Guru Besar SK Mantanani.

Pasukan yang terlibat adalah:

Pasukan Polis Marin
Pasukan Gerakan Udara
Bomba dan MPV.

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

IMG-20160821-WA0015

IMG-20160821-WA0013

IMG-20160821-WA0012

IMG-20160821-WA0010

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian. Ucapan takziah juga buat pihak sekolah kerana kehilangan dua orang guru yang sangat berjasa kepada pendidikan dan pembangunan pelajar di sana.

Kejadian bot karam di Sabah merupakan kejadian yang tidak asing lagi kerana banyak sekolah-sekolah di negeri ini berada di pulau. Kebanyakan guru dan pelajar ulang-alik dari daratan ke pulau setiap hari.