Borang Permohonan BR1M 2018 Syarat Terkini Online

borang permohonan br1m

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018. Hasil daripada pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, bantuan BR1M untuk tahun 2018 tetap diteruskan. Manakalah borang permohonan BR1M secara online dan manual telah dibuka pada tahun ini.

Bilakah Tarikh Permohonan Boleh Dibuat?

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
27 November 2017 31 Disember 2017

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

Bantuan BR1M diberikan mengikut tiga kategori iaitu:

  1. RM450 untuk individu Bujang
  2. RM1200 untuk isi rumah pendapatan kasar di bawah RM3000 sebulan termasuk warga emas
  3. RM900 untuk isi rumah pendapatan kasar antara RM3001 hingga RM4000 termasuk warga emas

Info lebih lanjut: Jumlah dan Syarat Permohonan

Di Mana Saya Boleh Membuat Permohonan?

Terdapat dua kaedah permohonan boleh dibuat dan pemohon hanya boleh memilih salah satu daripadanya.

  1. Permohonan online boleh dibuat dalam pauatn: https://ebr1m.hasil.gov.my/
  2. Permohonan manual boleh dibuat di kaunter-kaunter bergerak atau terus ke Pejabat LHDN terdekat

Akaun Bank Apakah Yang Saya Boleh Gunakan Untuk Permohonan?

Terdapat sebanyak 19 senarai bank yang boleh digunakan agar duit BR1M dapat dikreditkan.

borang permohonan br1m

Pemohon yang mengisi borang sama ada online atau manual di pejabat LHDN boleh memilih mana-mana bank di atas. Pemohon yang sudah memiliki akaun bank (mana-mana di atas) akan digunakan agar duit BR1M dapat dikreditkan terus semasa fasa bantuan diberikan.

Bagaimanakah Cara Saya Kemaskini Borang Permohonan BR1M?

Kemaskini borang hanya boleh dibuat oleh pemohon yang telah layak sebelum ini dan tidak mengalami sebarang masalah semasa proses menerima bantuan.

Pemohon yang tidak mendapat keseluruhan duit BR1M sebelum ini hendaklah merujuk ke pejabat LHDN terdekat.

Pemohon yang telah berubah status terkini seperti bercerai atau kematian pasangan hendaklah mengemaskini surat berkaitan untuk dilampirkan semasa proses permohonan.

Info lanjut mengenai kemaskini borang boleh dibuat di: Cara Kemaskini Borang BR1M

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*