Borang Online Kursus SPAKK Guru KEMAS Kemasukan 2019

borang online kursus spakk guru kemas

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan ke kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) bagi sesi kemasukan 2019. Calon yang berminat dan memiliki kelayakan hendaklah mengisi borang online kursus SPAKK guru KEMAS seperti butiran di bawah.

Butiran Permohonan Kursus SPAKK Guru KEMAS 2019

Permohonan Dibuka: 22 Oktober 2018

Permohonan Ditutup: 05 November 2018

Iklan Permohonan Guru KEMAS

Syarat Permohonan Kursus SPAKK 2019

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun ke atas
  3. Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan
  4. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan
  5. Telah menamatkan pengajian dan memiliki diploma serta transkrip
  6. Nilai CGPA 2.70 ke atas
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan awam kerajaan
  8. Baca: http://www.kemas.gov.my/images/2018/Spakk/IKLAN_SPAK_2019.pdf

Maklumat AM Permohonan Kurusus SPAKK

  1. Calon yang berjaya akan ditempatkan berkursus di Pusat Latihan KEMAS
  2. Tempoh kursus adalah selama tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh jabatan
  3. Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan diletakkan mengikut kekosongand dan keperluan di seluruh negeri.

Cara Mengisi Borang Online Kursus SPAKK Guru KEMAS 2019

  1. Permohonan hendaklah diisi secara talian online di http://ejawatan.totalconfigure.com/
  2. Pemohon baru dikehendaki mendaftar akaun login sebeum mengisi borang online.
  3. borang online kursus spakk guru kemas
  4. Pemohon tidak boleh mengisi lebih daripada satu permohonan
  5. Permohonan yang lewat diterima atau tidak megikut syarat yang ditetapkan akan ditolak

Hanya permohonan yang dibuat atas talian seperti yang diterangka di atas akan diproses. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak dihubungi selama tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya dan surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh jabatan.