Borang Bantuan Pendidikan Yayasan Sabah Tawaran IPT

Yayasan Sabah mempelawa kepada warga Sabah yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi IPT. Ini termasuklah pelajar yang berjaya menyambung ke Matrikulasi, Universiti Awam, Politeknik dan Universiti Swasta dalam Malaysia. Borang bantuan pendidikan Yayasan Sabah boleh dimuat turun melalui pautan yang diberikan di bawah.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018/2019

Bantuan akan diberikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam negeri Sabah dan sebanyak RM2000 diberikan kepada pelajar yang berjaya menyambung pengajian di luar negeri Sabah. Tarikh tutup permohonan ialah 31 Oktober 2018.

Muat Turun Borang: Borang Bantuan One-Off Yayasan Sabah

borang bantuan pendidikan yayasan sabah

Dokumen yang perlu disertakan:

  1. Sila sertakan salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa.
  3. Salinan slip keputusan SPM dan surat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Maklumat di atas adalah garapan daripada sebaran info. Sebarang perubahan akan dilakukan sekiranya terdapat maklumat rasmi terkini. Pelajar disarankan untuk merujuk pihak sekolah masing-masing bagi mendapatkan info lebih jelas dan tepat. Sila hubungi ke pejabat Yayasan Sabah di daerah atau ibu pejabat seperti alamat yang tertera di bawah.

Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

9 Comments

  1. Rolland morinos
    at

    Salam sejahtera tuan, saya anak sabah sekarang sedang bekerja di semenanjung,dan sambil itu sambung belajar PJJ, adakah saya layak untuk memohon bantuan ini,t.kasih

    • bantuan ini khas untuk kemasukan baharu

  2. Anak belajar di institut kemahiran mara, bolehkah memohon?

    • bantuan ini khas untuk kemasukan baharu di IPT dan IPTS sahaja

  3. Haii.. kenapa sy masih belum dapat panggilan dri pihak sana, sedngkan sy hntr borng dri bulan ogos lagi. Teman2 sy yg lain sudah mendapat panggilan dri pihak sana. Bila last pemakluman permohonan lulus or gagal? Agak mendebarkan dan memenatkan juga menunggu degn harapn akan layak dpat, tapi in fact gagal permohonan. Adakh permakluman permohonan gagal supaya student tidak terlalu berharp dn tertunggu2? Sya SANGAT memerlukn bantuan ni tapi belum dpat respon apa2 dari pihak sana.

  4. Tarikh tutup ?

  5. Macam mana mau tau berjaya atau tidak dapat bantuan one off ni? Boleh check online pakai ic ka?

    • pihak Yayasan Sabah akan hubungi jika diluluskan. Penjaga/ibubapa akan diminta untuk hadir ke sesi penerimaan sumbangan.

Comments are closed.