Biodata Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Salasilah Keturunan

biodata tun dr mahathir
biodata tun dr mahathir
Mohamad Iskandar

Pasti ramai yang sudah kenal akan Tun M yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah negara. Disebabkan ada pihak yang cuba membuka latar belakang Tun M, maka pada masa yang sama, laman rasmi Facebook Mukhriz Mahathir FC telah mendedahkan fakta sebenar mengenai Tun. Inilah Biodata Tun Dr Mahathir Bin Mohamad yang akan mengejutkan kita semua.

Nama penuh Tun M ialah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Bin Iskandar. Ayah Tun M ialah Mohamad manakalah datuknya ialah Iskandar. Datuknya merupakan berasal dari Kerala, India. Menurut laman itu, Kerala bukan bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman. Datuknya telah dihantar ke Tanah Melayu oleh Syarikat Hindia Timur untuk mengajar Bahasa Inggeris di Istana. Kemudian datuknya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Johor bernama Siti Hawa. Hasil daripada perkahwinan tersebut maka lahirlah Mohamad pada tahun 1881 iaitu ayah kepada Tun M. biodata tun dr mahathir

Ayah kepada Tun M iaitu Mohamad telah berkahwin dengan seorang wanita bernama  Wan Tempawan Bt Wan Hanafi. Maka lahirlah Tun Dr Mahathir. Lebih mengejutkan, Ayah Tun M merupakan pengetua pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, di Kedah.

Sedikit latar belakang biodata Tun Dr Mahathir yang ringkas ini sahaja pun membuat kita merasa kagum akan beliau. Usinya telah mencecah 90 tahun. Pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Sangat dikenali di kalangan negara-negara dunia ketiga kerana kelantanganya membela nasib negara membangun. Legasinya yang cukup ketara menyambung kerjayanya sebagai ahli pokitik adalah Mukhriz Bin Mahathir bekas Menteri Besar Kedah.

Akhir-akhir ini, Tun M masih aktif berpoliti dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu bersama dengan barisan parti pembangkang PKR, DAP dan Amanah. Tun M juga menjadi penasihat kepada gabungan pembangkang yang disebut sebagai Pakatan Harapan untuk mendepani BN. Dengan kedudukanya sekarang, boleh dikatakan Tun M telah bersama barisan pimpinan pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, dan Lim Kit Siang yang pernah menjadi seteru politiknya suatu ketika dahulu.

Begitulah secara ringkas latar dan kehidupan semasa Tun M yang boleh diketahui umum. Walau siapa pun Tun M hari ini, beliau pasti pernah berjasa kepada pembangunan negara. Semoga Tun M sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati Allah.

BERKAITAN: Biodata Adenan Satem