Biodata Neelofa Akademik dan Pencapaian Bidang Hiburan

Biodata Ringkas Neelofa 2021

Siapa yang tidak kenal sosok tubuh wanita bernama Neelofa. Selebriti tanah air yang sering menjadi sebutan netizen. Noor Neelofa Binti Mohd Noor atau dengan nama glamour Neelofa kini menjadi kontrovesi berikutan tindakanya yang sering melanggar SOP ketika pandemik Covid19 melanda negara. Sebelum kita pergi lebih jauh, berikut kami kongsikan secara ringkas biodata Neelofa sebagai pengetahuan umum.

Biodata Neelofa

Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor

Nama Glamour: Neelofa@Lofa  (Niloufar yang bermaksud bunga teratai)

Tarikh Lahir: 10 Febuari 1989 (Anak ketiga daripada 9 orang adik beradik)

Tempat Lahir: Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan: MRSM Langkawi, Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa (University Sunway)

Kerjaya dan Pencapaian Neelofa

Pencapaian Kerjaya Neelofa

  1. Mulai aktif pada tahun 2009 dalam bidang lakonan, model, pengacara, penulis, ahli perniagaan dan jurucakap produk.
  2. Juara dalam pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2009/2010.
  3. Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29.
  4. Bintang Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29.
  5. Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5
  6. Wanita terkaya Asia Tenggara bawah 30 tahun majalah Forbes.

Biodata Joy Revfa dan Punca Perceraian

Kisah Ketika Masih Kecil

Kisah Zaman Muda Neelofa

Neelofa pernah mendedahkan, beliau pernah tinggal berjiran dengan bomoh terkenal Mona Fandey semasa zaman kanak-kanaknya. “Rumahnya (Mona Fandey) di Kelantan dekat dengan rumah keluarga saya. Saya ingat lagi keluarga kami pernah makan bersama keluarganya, malah turut mengambil gambar bersama-sama”. Katanya melalui episod rancangan MeleTOP 2018.

Pengalaman Cinta

Gosip cinta antara Neelofa dan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia yang bernama Saiful Amrullah sangat hangat diperkatakan, mula bertiup kencang ketika bertemu ketika berjalan di KLCC. Neelofa dan Hans dikatakan pernah pergi bersama-sama menonton persembahan konsert Alicia Keys di Singapura. Gosip itu semakin panas apabila mereka menjalani penggambaran filem tersebut pada Oktober 2011. Baik Hans mahupun Neelofa, masing-masing tidak memberi sebarang pengesahan yang sahih tentang status hubungan mereka. Hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah. Antara Neelofa dan Hans Isaac mereka sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hubungan lagi. Itu yang pasti. Neelofa tampil memberi kenyataan mengatakan hubungan dua tahunnya bersama pelakon, pengarah dan penerbit itu sudah berakhir sejak kira-kira empat bulan lalu.

Neelofa LoFattah

Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi hip hop, Ariz Ramli atau Caprice dan pernah menjadi model untuk muzik video penyanyi itu.

Neelofa dikatakan pernah bercinta dengan pelakon kacak dan tinggi lampai, Fattah Amin sejak mereka berdua digandingkan bersama dalam drama Suri Hati Mr. Pilotyang mencetus fenomena dengan mencapai rating tertinggi pada setiap minggu. Drama ini turut dikatakan menjadi drama rating tertinggi di Astro.

Bukan itu sahaja, malah keserasian antara Neelofa dan Fattah Amin dalam drama tersebut, telah mencetuskan fenomena Lofattah (yang merupakan hasil gabungan nama Neelofa dan Fattah). Fenomena Lofattah terdiri daripada beratus ribu peminat yang menyokong karier kedua-dua artis pujaan mereka, di samping sentiasa mengharapkan agar mereka bersama.

Di satu sesi Meet & Greet bersama peminat pada Februari, Neelofa dan Fattah Amin tampil dan mengaku bahawa mereka pernah bersama. Namun, perhubungan mereka dikatakan telah pun berakhir dan mereka hanya sekadar kawan sahaja. Neelofa dan Fattah Amin bakal digandingkan bersama dalam telefilem Suri Hati Mr Pilot Raya arahan Michael Ang dan Hadith Omar dan telah disiarkan di kaca televisyen pada Hari Raya 2016.

Kehidupan Terkini Neelofa

Selepas mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP, kini Neelofa digandingan dengan Nabil Ahmad dalam rancangan N to N yang mana rancangan tersebut lebih ke arah Islamik dengan membawa topik berkaitan keagamaan dan menjemput tokoh agamawan tanah air.

Neelofa yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasanganya, PU Riz masih meneruskan pelbagai jenis perniagaan.

Neelofa dan PU Riz

Neelofa terpalit dengan isu langgar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkasakan oleh MKN mengundang reaksi negatif netizen kerana diihat sering membuat tindakan berkenaan dikala kes Covid19 masih menular.

Apa pun yang dilakukan Neelofa, beliau merupakan seorang selebriti dan wanita yang berjaya dalam bidangnya. Semoga terus berbahagia bersama pasangan di samping keluarga tersayang.

Sumber: Biodata Neelofa Usahawan Wanita

Sumber: Wikipedia