Biodata Mohammad Morsi Bekas Presiden Mesir Meninggal

biodata mohammad morsi

Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin. Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu. Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak. Beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013. Berikut adalah biodata Mohammad Morsi secara ringkas.

Nama Penuh: Muhammad Mursi Isa Al Ayyat

Tarikh Lahir: 20 Ogos 1951 – 17 Jun 2019

Tempat Lahir: Sharqia, Mesir

Nama Isteri: Najla Ali Mahmoud

Nama Anak:

  1. Ahmed
  2. Alshaimaa
  3. Osama
  4. Omar
  5. Abdullah

Latar Pendidikan:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Universiti Kaherah (1970-1975)
  2. Sarjana Kejuruteraan Metalurgi, Universiti Kaherah (1978)
  3. Sarjana Kedoktoran (PhD), Universiti Southern California (1982)

Kerjaya Awal Dalam Bidang Pendidikan

  1. Pensyarah Universiti Southern California
  2. Pembantu Profesor Universiti California North-Ridge
  3. Profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq

Kerjaya Dalam Bidang Politik

biodata mohammad morsi
Sumber: Wikipedia, biodata Mohammad Morsi

biodata mohammad morsi
Dari kiri: Morsi, Hosni Mubarak, Al-Sisi

Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan. Pada 2018, tiga ahli parlimen British melaporkan bahawa Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam. Menurut mereka, cara Morsi dikurung boleh diklasifikasikan sebagai penyeksaan dan juga boleh menyebabkan kematian. Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan. Sumber

Biodata Tun Mahathir