Biodata Joy Revfa dan Punca Bercerai Dengan Hafiz Hamidun

biodata joy revfa dan punca bercerai dengan hafiz hamidun

Media hiburan kini tanpa henti mendedahkan kisah rumah tangga yang dihadapi penyanyi tersohor tanah air Hafiz Hamidun dan usahawan Kosmetik Joy Revfa. Apa sebenarnya yang berlaku? Kami akan kongsikan fakta biodata Joy Revfa dan punca bercerai dengan Hafiz Hamidun.

Biodata Joy Revfa

Nama Sebenar: Siti Arifah Mohd Amin

Umur: 30 Tahun

Asal: Kuala Lumpur

Pekerjaan: Usahawan Kosmetik (Produk CEO Merve Kosmetik)

Joy Revfa sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun merupakan janda dan bekas isteri kepada Dato Ray Imran. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun yang mana telah bercerai pada 2015. Perkahwinan antara Joy Revfa dan Dato Ray Imran sebenarnya berlangsung di Selatan Thailand. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan anak lelaki bernama Aryann Firdaus (kini umur 3 tahun).

biodata joy revfa dan punca bercerai dengan hafiz hamidun
Dato Ray Imran

Perkahwinanya yang kedua dengan Hafiz Hamidun telah berlangsung pada 1 Mei 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Joy Revfa memfailkan pembubaran perkahwinan di mahkamah syariah pada 21 Ogos 2017. Difahamkan pada hari yang sama Hafiz Hamidun turut memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan mereka susulan dakwaanya pada 23 Mei lalu perkahwinan mereka tidak sah.

biodata joy revfa dan punca bercerai dengan hafiz hamidun
bersama Aryann Firdaus

Punca Joy Revfa dan Hafiz Hamidun Bercerai

  • Joy Revfa membuat dakwaan di mahkamah kerana suaminya Hafiz Hamidun tidak memberikan nafkah zahir dan batin sejak berkahwin.
  • Hafiz Hamidun hilang dan tidak tinggal sebumbung dengan Joy Revfa selepas berkahwin. Juga memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan pada hari yang sama.
  • Sejak 23 Mei 2017, Hafiz membangkitkan status perkahwinan mereka tidak sah dan menganggap Joy Revfa bukan lagi isteri. Sejak itulah Hafiz Hamidun tidak tinggal sebumbung dengan Joy Revfa.
  • Sebenarnya Joy Revfa membuat permohonan cerai terhadap suami lama dengan secara taklik sahaja di Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla itu pun sebulan selepas berkahwin dengan Hafiz Hamidun. Dengan kata lain, Joy Revfa yang meminta cerai dengan suami lama.
  • Ketika membuat permohonan berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy Revfa menandakan status ‘tidak pernah berkahwin’ di dalam borang.
  • Selepas Hafiz Hamidun mengetahui status Joy Revfa masih dalam Iddah kerana belum ada surat pengesahan cerai dengan suami lama, Hafiz Hamidun membangkitkanya pada 23 Mei 2017.
  • Menurut Joy Revfa, perceraianya dengan suami lama sudah dalam proses sejak sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, namun sebenarnya permohonan cerai itu hanya berlaku sebulan selepas berkahwin dengan Hafiz Hamidun, itu pun dengan hanya taklik.

Kini, hubungan kedua-dua pasangan seperti di penghujung. Kisah rumah tangga ini seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua. Pastikan anda mengenali status pasangan anda yang sebenar. Walau bagaimanapun, kita mengharapkan kesudahan mereka dengan baik. Apa sahaja pengakhiranya, semoga itulah yang terbaik untuk kedua-duanya.

Sumber: https://www.caripanduan.com/biodata-siapa-joy-revfa-punca-cerai-dengan-hafiz-hamidun/

Kredit: MStar & YouTube.