Biodata Dr Zakir Naik Tokoh Perbandingan Agama Paling Digeruni

biodata dr zakir naik

Dr Zakir Naik sangat beruntung berada di Malaysia yang aman dan damai. Malah beliau telah diberikan status Permanent Resident (PR) oleh kerajaan Malaysia. Beliau pada saat ini mendapat ancaman di negara sendiri di India atas beberapa dakwaan atau tuduhan yang tidak berasas. Oleh sebab itu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bertegas tidak akan menghantar tokoh kontrovesi itu ke negara asalnya.

Tidak dinafikan kehadiran DZN di Malaysia pula mengundang kesan negatif ke atas ketegangan kaum dan agama itu sendiri. Perkara ini semakin merebak apabila ada pihak-pihak tertentu yang memanipulasi dan mempergunakan DZN atas tujuan kepentingan kelompok mereka demi mendapat publisiti murahan. Walau bagaimanapun, masih ramai rakyat Malaysia yang bijak lagi bersederhana dalam mendepani senario itu pada hari ini. Demi maslahat negara, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan agar mana-mana pihak yang cuba bermain isu kaum dan agama akan diambil tindakan segera. Ketegasan pihak keselamatan ini patut dipuji. Masakan kita marah apabila tentera dihina, maka inilah masanya kita sokong tindakan pihak polis pula.

Biodata Tun Dr Mahathir


Berikut kami kongsikan secara ringkas biodata Dr Zakir Naik. Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak menambah pengenalan kita terhadap tokoh yang sangat disayangi umat Islam ini.

Nama Penuh: Dr Zakir Abdul Karim Naik

Tarikh Lahir: 18 Oktober 1965

Tempat Lahir: Mumbai, Maharashtra, India

Nama Pasangan: Farhat Zakir Naik

Anak: Fariq Naik, Rushdaa Naik

Latar Belakang  Pendidikan;

  • Kishinchand Chellaram College
  • Topiwala National Medical College
  • University of Mumbai
  • Doktor Perubatan

Penglibatan Kerier

  • Penceramah Bebas
  • Ahli Lembaga Islamic Research Foundation
  • Telah terlibat lebih 2000 sesi ceramah seluruh dunia
  • Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013

Marilah kita mengenali tokoh yang sangat besar jasanya kepada umat Islam dunia. Semoga kita dapat menginsafi diri sendiri.

10 Mitos Dr Zakir Naik