Biodata Adenan Satem: Ketua Menteri Sarawak Menghadap Ilahi

biodata adenan satem

Biodata Adenan Satem: Ketua Menteri Sarawak Menghadap Ilahi: Berita yang mengejutakan seluruh rakyat Malaysia khasnya warga Sarawak apabila laporan rasmi mengatakan Datuk Patinggi Tan Sri Datu Amar Hj Adenan Bin Hj Satem meninggal dunia di Sarawak General Hospital Heart Center akibat kompilasi serangan jantung. Pemergianya pada tarikh 11 Januari 2017 akan menjadi luka yang menyakitkan di hati rakyat yang sangat menyayangi beliau.

BERKAITAN: Adenan Satem Perginya Seorang Pemimpin Hebat Sarawak

Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar. Namun mungkin masih ramai yang tidak mengenali Allahyarham secara dekat mengenai biodata beliau. Ini adalah sedikit sebanyak maklumat biodata Adenan Satem yang boleh anda ketahui agar dapat mengenalinya dengan lebih dekat lagi:

  1. Nama penuh beliau adalah Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Bn Hj Satem. Lebih mesrah dengan panggilan Tok Nan.
  2. Lahir pada 27 Januari 1944. Berumur 72 tahun ketika meninggal dunia.
  3. Berbangsa Melayu dan merupakan kaum Melayu yang pertama dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-4 (kini TYT Sarawak).
  4. Mempunyai lima orang anak.
  5. Tidak pernah kalah dalam pilihanraya sama ada DUN atau Parlimen sejak 1979.
  6. Pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerajaan pusat dari Mac 2004 hingga Febuari 2006.
  7. Berkelulusan dalam bidang undang-undang di Universiti of Adelaide, Australia.
  8. Pernah menjadi Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Pribumi Bersatu (PBB) dan juga merupakan Ketua Penerangan PBB.
  9. Mengambil Alih jawatan Ketua Menteri pada 1 Mac 2014 menggantikan Taib Mahmud.

Walaupun tempoh pemerintahan beliau hanya sekadar hampir tiga tahun, namun beliau berjaya menjadi seorang CM kepada rakyat Sarawak yang sangat lantang dalam isu hak-hak rakyatnya. Dengan begitu, beliau menjadi kebanggan rakyat Sarawak seluruhnya. Semasa menjadi Ketua Menteri Sarawak, beberpa pencapaian beliau telah lakukan. Antaranya;

  1. Beliau telah menghentikan pengeluaran lesen balak dan menghentikan pembukaan ladang kelapa sawit kerana ingin memelihara hutan di negeri itu.
  2. Tarif elektrik industri dan awam diturunkan.
  3. Memerangi pembalak haram dan yang bersekongkol dengan tauke balak.
  4. Berusaha menyelesaikan masalah tanah adat.
  5. Memperjuangkan hak autonomi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti dasar pendidikan dan sebagainya.

Dan banyak lagi biodata Adenan Satem yang menarik untuk diketahui umum. Ini kerana Tok Nan merupakan antara pemimpin yang mempunya caranya tersendiri untuk mentadbir kerajaan yang diterajuinya. Pada hari ini, pada hari pemergian beliau, tiada yang sanggup menafikan bahawa ramai pihak sebenarnya sayangkan beliau malah sangat menghormati beliau.

Dalam pada itu, pemergian beliau adalah kehilangan yang sangat mendukakan buat isterinya iaitu Puan Sri Datin Patinggi Jamilah Anu. Juga merupakan seorang isteri yang humble dan serasi kepada Tok Nan. Semoga pemergian Allahyarham dihadapi dengan tabah kepada Puan Sri dan semoga seluruh keluargan beliau sabar menghadapi ujian.

Dengan perginya seorang pemimpin sehebat Tok Nan, ia sesuatu yang sukar untuk dicari ganti. Persoalanya, siapakah yang bakal mengganti kedudukan beliau dan adakah Ketua Menteri yang baru nanti mampu menggalas tanggungjawab dan menjadi sehebat Tok Nan. Walaubagaimanapun, masa duka ini harus dihormati dan semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat kepada Allahyarham dan keluarganya.

BERKAITAN: Tarikh PRK DUN N.03 Tanjung Datu