Beza Uber Dan Grabcar Di Malaysia?

beza uber dan grabcar

Uber dan Grabcar semakin mendapat sambutan dalam negara. Malah ia semakin mendapat sokongan dan dokongan dari beberapa pihak berwajib. Contohnya dalam ucapan pembentangan belanjawan oleh Dato Seri Najib Tun Razak mengenai perkhidmatan ride sharing programe. Beliau secara jelas memberi sokongan dan galakkan kepada rakyat yang ingin menceburi bidang ini dengan memberi rebat sebanyak RM4000 untuk pembelian Proton Iriz kepada pemandu Uber. Di Malaysia, perkhidmatan Uber dan Grabcar meningkat secara mendadak. Ramai yang mengambil peluang ini dengan mendaftar dan memandu kemudian memperoleh pendapatan. Namun, sebelum anda menceburi bidang perkhidmatan ini, anda haruslah tahu beza uber dan grabcar. Ini adalah beberapa beza antara uber dan grabcar yang perlu anda tahu di Malaysia.
beza uber dan grabcar
Kedua-dua perkhidmatan pengangkutan ini telahpun beroperasi di Malaysia. Ia merupakan sistem pengangkutan yang wujud di seluruh dunia dan semakin laris digunakan. Bukan sekadar perkhidmatanya yang efisyen kerana mampu ‘pick up’ penumpang di mana sahaja malah tambangnya yang jauh lebih murah berbanding teksi.

Uber dan Grabcar memiliki sistem yang sama iaitu memerlukan aplikasi yang dimuat turun dan proses membayar pun sama iaitu sama ada tunai atau debit akaun. Namun apakah bezanya yang perlu kita ketahui agar kita dapat membuat pilihan bijak? Pasti kedua-duanya memiliki kelebihanya yang tersendiri.

Di sini, ada dua (2) perbezaan tetap antara Uber dan Grabcar:

1) Tambang berdasarkan jarak dan masa
Uber akan caj RM0.50 setiap kilometer manakalah Grabcar akan caj RM1.00 setiap kilometer. Manakalah kiraan masa Uber akan caj RM0.25 setiap minit manakalah Grabcar pula RM00.00 setiap minit.

Ini bermakna tambang Grabcar lebih mahal berbanding Uber sekiranya anda mengambil jarak perjalanan yang jauh. Namun tambang Uber pula akan jadi lebih mahal sekiranya anda berada dalam jalan sesak kerana ia memakan masa.

Saranan, sekiranya anda ke destinasi yang jauh dan keadaan jalan yang tidak sesak adalah lebih baik menggunakan Uber. Sekiranya jarak yang dekat dan sesak, maka lebih baik menggunakan Grabcar. Ini sekadar saranan sahaja dan ianya bergantung pada keadaan trafik. Ada kalanya Uber membuat promosi tambang murah dan anda berpotensi membayar tambang RM00.00 meskipun jarak 5 kilometer.

Penetapan tambang bagi Uber berjalan seiring dengan masa dan jarak semasa penumpang. Manakalah Grabcar pula telah menetapkan harga tambang secara estimated sebelum perjalanan penumpang dimulakan. 

2) Jenis kenderaan
Uber dan Grabcar keduanya harus memiliki kenderaan sekurang-kurangnya 4 pintu. Namun Grabcar meminimumkan kepada kenderaan jenis Myvi manakalah Uber pula Viva. Keduanya harus kenderaan baru. Sebagai contoh Uber memastikan kenderaannya mesti buatan tahun 2008 ke atas. Ertinya semua penumpang sama ada Grabcar atau Uber akan menikmati kenderaan baru, bersih, sejuk, dan selamat.

Terdapat beberapa lagi perbezaan antara Uber dan Grabcar namun ianya bukan bersifat tetap. Seperti caj yang dikenakan ketika Surge (pusuan) atau lonjakan yang mana ia akan berlaku pada waktu permintaan (requests) tinggi. Secara tepat ia hanya diketahui oleh pengurusan Uber dan Grabcar. Pemandu atau penumpang hanya mengetahui titik lonjakan harga sebelum dan selepas trip seperti 1.5, 2.0 dan 3.0 kali ganda. Ianya berubah ubah mengikut tempat dan masa. Kadar permintaan daripada penumpang hanya diketaui oleh pihak pengurusan kemudian mereka akan menandakan kawasan permintaan tinggi tersebut. Waktu ini akan ada lonjakan.

MENARIK: Masalah Yang Dihadapi Pemandu Uber

Uber dan Grabcar masing-masing punya kelebihan. Anda harus jadi pengguna yang bijak untuk perkhidmatan ini. Di masa yang sama, mengetahui beza Uber dan Grabcar sangat membantu agar anda dapat membuat pilihan dengat tepat. Mengetahui beza uber dan grabcar juga penting agar dapat disampaikan kepada pengguna yang lain. Sekian dan selamat menikmati.

8 Comments

  1. andai kata saya nak pegi ke picc dari kl sentral dlm pkl 6 pagi, mna satu yg lebih baik utk saya gunakan?

    • jika traffic pada masa tu lengang atau kurang sesak, lebih baik gunakan UBER.

  2. grab de best…..SAPA NAK BAWAK GRAB BLH WATSAAP SY 0195118025

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*