Bersih 5 Telah Memulakan Konvoi Seluruh Negara 1 Okt 2016

bersih

Pelancaran konvoi Bersih 5 seluruh negara telah dilaksanakan serentak di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 1 Oktober 2016. Tujuan pelancaran konvoi adalah untuk melakukan siri jelajah dan kempen memberi keterangan mengenai tuntutan Bersih 5.

Tema Gabungan NGO Pilihanraya Bersih dan Adil, kali ini adalah Reformasi Institusi Untuk Malaysia Baru yang telah dinyatakan melalui pengerusinya iaitu Maria Chin Abdullah. Terdapat lima (5) tuntutan pada kali ini iaitu:

  1. Pilihan raya bersih
  2. Kerajaan Bersih
  3. Kukuhkan demokrasi berparlimen
  4. Hak membantah
  5. Memperkasa Sabah dan Sarawak

Perbandingan tuntutan 4 (Selamatkan Malaysia)

  1. Pilihanraya bersih
  2. Kerajaan Bersih
  3. Selamatkan ekonomi
  4. Hak membantah

Tuntutan Bersih 3 (Duduk Bantah)

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasn undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil
  5. Masa kempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Tuntutan Bersih 2.0

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil
  5. Masa kempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Tuntutan Bersih 1 (10 Nov 2007)

  1. Bersihkan daftar pemilih
  2. Gunakan dakwat kekal
  3. Mansuhkan undi pos
  4. Akses kepada media bebas dan adil

Konvoi Bersih 5 pada 1 Okt 2016 bermula aman dan mendapat sambutan hangat di beberapa negeri khasnya di Kelantan. Kota Bharu Kelantan mendapat sambutan yang ramai apabila ketua umum pembangkang Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR itu memulakan konvoi di negeri tersebut.  Bersama dalam konvoi di Kota Bharu itu ialah Adun Salor Husam Musa yang kini menjadi pimpinan Parti Amanah Negara, Srikandi, dan Young Syefura.

bersih 5

 

Manakalah negeri-negeri lain turut melakukan konvoi masing-masing dengan dipimpin oleh NGO tersebut. Namun konvoi di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila konvoi tersebut telah diganggu oleh kumpulan T-Shirt merah yang dipimpin oleh Datuk Jamal Yunos. Dalam satu kenyataan daripada pemandu konvoi, Jay Jay Denis di Lumut mendakwa bahawa kira-kira 50 orang berbaju merah menganggu pergerakan konvoi mereka sehingga memaksa polis untuk masuk campur bagi membubarkan kedua-dua kumpulan.

Manakalah di Sabah pula konvoi dimulakan di Sandakan dengan penyertaan anak muda menaiki motosikal mengelilingi daerah.

Bersih 5 akan melancarkan kemuncak himpunan pada 19 November 2016 (Sabtu) di seluruh negara. Lokasi rasmi kemuncak himpunan tersebut masih belum diumumkan.