
Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) merupakan satu bentuk komitmen kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan kepada setiap bayi yang lahir di negeri Sabah. Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021. Peruntukan ini melibatkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan inisiatif kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran. Ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan. Berikut adalah panduan permohonan bantuan kewangan BISTARI Sabah 2022.
Kriteria Kelayakan Bantuan Kewangan BISTARI
- Bayi yang berstatus warganegara Malaysia
- Bayi lahir pada tahun 2022
- Ibu/bapa/penjaga yang berasal daripada Sabah
Manfaat Yang Bakal Diterima
- Sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima mencapai usia 18 tahun
Cara Membuat Permohonan Bantuan Kewangan BISTARI
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan BISTARI sama ada melalui online atau dengan borang manual. Pemohon boleh mengikuti pautan di bawah
Borang Online Bantuan BISTARI 2022 |
Download Borang Bantuan BISTARI pdf |
Bagi permohonan secara online, pemohon diingatkan agar lengkapkan borang online dan Upload dokumen yang diperlukan;
Maklumat yang diperlukan dalam borang online:
- Nama ibubapa/penjaga
- IC ibubapa/penjaga
- Tarikh lahir ibubapa/penjaga
- Bangsa ibubapa/penjaga
- Jantina ibubapa/penjaga
- Alamat kediaman ibubapa/penjaga
- Nombor telefon ibubapa/penjaga
- e-Mail ibubapa/penjaga
Kemudian lengkapkan maklumat bayi yang dilahirkan tahun 2022;
- No IC/Sijil lahir bayi
- Nama bayi
- Tarikh lahir bayi
- Bangsa
- Jantina
- Hubungan
Dokumen yang diperlukan:
- Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga yang sah
- Sijil lahir bayi penerima manfaat
Manakalah permohonan yang dibuat secara manual, borang pdf yang dimuat turun tadi hendaklah dilengkapkan dan disertakan dokumen yang diperlukan;
- Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga yang sah
- Sijil lahir bayi penerima manfaat
Kemudian hantar borang dan dokumen tersebut ke alamat di bawah
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Permohonan bantuan kewangan BISTARI Sabah ini akan dibuka sepanjang tahun dan akan ditutup pada 31 Disember 2022. Permohonan ini hanya dibuka bagi tahun 2022 setakat ini dan bergantung dengan pengumuman kerajaan kelak. Jangan lepaskan peluang dan semoga bermanfaat.