Bantuan Kehilangan Pendapatan Dibayar Mulai Oktober 2021

Bantuan BKP 2021

Kerajaan bakal menyalurkan satu lagi bentuk bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid19. Di bawah pakej PEMULIH, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) kepada lebih 1 juta ahli melibatkan bajet berjumlah RM500 juta ringgit Malaysia.

BKP merupakan inistiatif di bawah Kementerian Kewangan bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan sumber pendapatan akibat terkesan Covid19 berdasarkan data KWSP dan PERKESO 2021. Setiap individu yang terjejas akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara tunai. BKP akan mulai disalurkan pada bulan Oktober secara berperingkat sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Permohonan dan Semakan BKP

Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini kerana kerajaan akan merujuk data daripada KWSP dan PERKESO untuk mengenal pasti ahli yang telah kehilangan pendapatan.

Tarikh Pembayaran BKP

Tarikh Pembayaran Bermula Tarikh Pembayaran Berakhir
Oktober 2021

Tarikh pembayaran akan diumumkan secara terperinci oleh pihak Kementerian Kewangan. Maklumat rasmi akan dikemaskini dari masa ke semasa.

bantuan kehilangan pendapatan

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Terdapat beberapa lagi pakej PEMULIH yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat yang sangat penting untuk menyokong tiga fokus utama;

  1. Meneruskan agenda prihatin rakyat
  2. Menyokong perniagaan
  3. Meningkatkan vaksinasi

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pemulihan selepas lama terkesan dengan Covid19. Nilai keseluruhan pakej PEMULIH ialah RM150 bilion. Berikut antara senarai pakej PEMULIH yang diperkenalkan kerajaan.

  1. Bantuan Prihatin Rakyat (Daftar)
  2. Bantuan Khas Covid19 (BKC)
  3. Bantuan Kehilangan Pendapatan
  4. Bayaran tambahan GKP4.0 (Semakan)
  5. i-Citra KWSP (Mohon)

Pakej yang telah disenaraikan di atas dirancang untuk memastikan golongan sasar dan terbanyak dapat manfaat seterusnya membantu mengurangkan beban kehidupan harian.