Uber dan Grabcar, Perdana Menteri Beri Sokongan Padu Intipati Bajet 2017

bajet 2017 najib sokong uber dan grabcar

Bajet 2017 Najib Sokong Uber dan Grabcar. Antara intipati penting dan mencuri perhatian daripada pembentangan Bajet 2017 ketika ini adalah mengenai status perkhidmatan atau ride-sharing programe iaitu Uber dan Grabcar. Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak semalam (21 Okt 2017) dalam pembentanganya menyatakan bahawa rebat akan diberikan sebanyak RM4000.00 bagi pembelian Proton Iriz untuk pemandu Uber dan Grabcar di Malaysia.

bajet 2017 najib sokong uber dan grabcar

Pemberian rebat dengan jumlah tinggi seperti itu sekaligus memberi petanda yang jelas mengenai pendirian rasmi kerajaan terhadap Uber dan Grabcar di Malaysia. Maka, tiada lagi keraguan dan ketakutan untuk menjalankan operasi Uber dan Grabcar dalam negara.

BACA: Menjana Pendapatan Dengan Uber

Dalam pembentangan tersebut, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa mereka yang menjalankan operasi ini mampu meraih pendapatan RM 1,400.00 untuk seminggu hingga RM 4,300.00 untuk sebulan dengan jangka masa operasi 10 jam dan 40 jam ke atas.

 

Apa yang lebih menarik ialah bukan sekadar rebat diberikan malah wang Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga boleh digunakan sebagai wang pendahuluan bagi pembelian kereta Proton Iriz (setakat ini) kemudian rebat sebanyak RM4000.00 akan diberikan bagi individu yang menggunakannya untuk kegunaan operasi Uber atau Grabcar.

Ia bagi membantu individu yang tidak memiliki kenderaan tetapi ingin menjalankan operasi ride-sharing program seperti Uber dan Grabcar. Kerajaan akan memberikan rebat sebanyak RM4000.00 dengan wang pendahuluan BR1M untuk pembelian Proton Iriz. Walaubagaimanapun, mekanisme dan tarikh program bantuan ini masih belum diumumkan secara terperinci.

Bajet 2017 Najib sokong Uber dan Grabcar sekaligus menjawab persoalan mengenai status operasi Uber dan Grabcar di Malaysia. Dengan program bantuan yang diumumkan Najib, ia sekaligus memberi ruang kepada pemandu teksi untuk beralih kepada Uber atau Grabcar.