Bagaimana Mengelak Sasaran Sniper Sekiranya Benar-Benar Terjadi

bagaimana mengelak sasaran sniper

Salah satu senjata paling merbahaya dalam peperangan ialah Sniper Rifle yang digunakan oleh penembak tepat. Ia adalah senjata elit dan pembunuh senyap. Bayangkan secara tiba-tiba ada tembakan yang mengarah kepada kita tanpa diketahui kedudukan penembaknya, bagaimana mengelak sasaran Sniper tersebut? Katakan tembakan pertama dan kedua hanya hampir mengenai tubuh kita dan pada saat itulah kesempatan yang ada untuk menyelamatkan diri. Apakah taktik yang berguna untuk mengelak tembakan Sniper tersebut?

Di sini saya akan kongsikan taktik yang berguna iaitu Escape a Sniper sekiranya kita sedang dalam terget penembak tepat.

  1. Lari dan terus berlindung di tempat selamat terdekat seperti dinding konkrit dan kenderaan. Pada saat genting seperti ini tiada masa lagi untuk lari sejauhnya kerana kita tidak tahu kedudukan sebenar penembak dan seluas mana penglihatanya.
  2. Sekiranya berada di lapangan yang luas, meniarap di tempat yang lebih rendah.
  3. Sekiranya berada di kerumunan orang ramai, lari sejauhnya dari kawasan kejadian tembakan.
  4. Larian ZigZag. Ini banyak digunakan oleh tentera. Kebanyakan tentera US menggunakan larian zigzag ketika berhadapan Sniper di Iraq 2002. Ia bagi menjadikan pergerakan kita sukar diramal oleh musuh.

 

SUMBER:

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=Escape%20a%20sniper