Asal Usul Nama Planet Dalam Sistem Suria Dan Maksudnya

Zeus

Sejak di bangku sekolah lagi kita telah menghafal nama-nama planet dalam sistem suria kita. Menjejak kaki ke sekolah menengah, kita mula mempelajari ciri lebih mendalam mengenai setiap planet. Mempelajari teori, jisim, jarak dengan matahari, saiz dan sebagainya dalam mata pelajaran sains. Sekiranya anda mengambil jurusan astronomi atau ilmu falak, anda akan mempelajari lebih dalam lagi mengenai planet ini. Namun pernahkah anda mengkaji asal usul nama planet dalam sistem suria kita ini? Apakah maksud di sebalik nama-nama yang diberikan? Berikut saya akan kongsikan kepada anda maksud nama-nama planet yang umum kita ketahui.

asal usul nama planet dalam sistem suria

Utarid

  • Dalam sejarah Romawi, ia disebut sebagai Merkurius bermaksud dewa yang bertugas sebagai pemberi khabar, petunjuk, dan wahyu. Dewa ini memiliki kepantasan terbang yang sangat luar biasa. Cirinya sering bersama Dewa Mars. Ia diberikan nama Merkurius kerana planet ini sangat rapat dengan matahari dan antara planet paling pantas mengorbit dengan matahari yang mana sesuai dengan sifat Dewa Merkurius itu sendiri.
  • Nama lain bagi Utarid ialah Stilbon yang bermaksud cemerlang. Ia merupakan nama daripada tamadun Yunani. Manakalah Aristotle pula menamakanya sebagai Hermes
  • Dewa Merkurius

Zuhrah

  • Zuhrah juga disebut sebagai Venus yang diambil dari Dewi Kecantikan atau Dewi Cinta. Venus adalah pasangan kepada Dewa Mars. Ia diberi nama Venus kerana ciri planet tersebut yang dilihat cantik pada bila-bila masa sahaja melalui mata kasar pada zaman tersebut. Atmosferanya 90% adalah terdiri daripada CO2 yang bersifat penyerap cahaya matahari sehingga ia kelihatan berkabut dan cantik.
  • Bangsa Yunani memberi nama khas untuk Planet Zuhrah iaitu Hesperos (bintang senja) dan Phosphoros (pembawa cahaya). Ia juga disebut sebagai Aphrodite oleh Aristotle pada abad ke-4SM.
  • Dewi Venus

Bumi

  • Dalam tradisi Arab, ia disebut Ard. Menurut tamadun Romawi dan Yunani ia disebut Gaea iaitu Dewi Gaea. Menurut kepercayaan Romawi dan Yuanani, Dewi Gaea ialah dewi yang menjaga alam semesta dan memberi kemakmuran serta kehidupan. Nama itu diberikan sempena sifat Bumi yang memiliki sumber keperluan manusia yang secukupnya untuk kehidupan.
  • Bumi memiliki stalet semulajadi yang sebut bulan. Nama lain bagi bulan ialah Selene, Luna, Qamr dan lain-lain.
  • Dewi Gaea

Marikh

  • Seperti yang diterangkan di atas, dalam tamadun Romawi, ia disebut Mars sempena nama daripada Dewa Mars pasangan kepada Dewi Venus. Dewa Mars menurut kepercayaan mereka ialah dewa perang dan suami kepada Dewi Venus. Disebabkan ciri planet Marikh yang dilihat kemerahan, maka ia diberikan nama sempena dewa yang melambangkan peperangan, kemarahan, darah dan sebagainya.
  • Dalam tamadun Yunani, ia dinamakan Pyoroeis (berapi) manakalah Aristotle menamakanya sebagai Ares.
  • Dewa Mars

Musytari

  • Musytari adalah planet paling besar dalam sistem suria kita. Menurut mitologi Yunani, ia disebut Phaeton (berkilau) atau Jupiter atau Zeus yang merupakan Raja Dewa dalam semua dewa-dewa tamadun tersebut. Sesuai dengan saiznya yang paling besar, ia diberikan nama tersebut. Dalam bahasa Jawa, ia disebut Anggara.
  • Zeus

Zuhal

  • Tamadun Yunani menamakanya sebagai Phainon (bersinar), atau Dewa Saturnus. Manakalah Aristotle pula menamakanya sebagai Kronos. Dewa Saturnus merupakan dewa kedua terkuat antara semua dewa-dewa kepercayaan Romawi dan Yunani. Dewa Saturnus adalah dewa pertanian yang suka terhadap keindahan di bumi. Dewa Saturnus adalah anak kepada Dewa Uranus.
  • Dewa Saturnus

Uranus

  • Semasa planet ketujuh ini baru ditemui, ia diberi nama sempena Dewa Uranus. Dewa Uranus adalah suami kepada Dewi Gaea (Bumi). Mereka mimiliki anak yang sangat kuat iaitu Dewa Saturnus.
  • Dewa Uranus

Neptun

  • Seperti Saturnus, Neptun juga memiliki cincin namun lebih halus. Planet ini juga hampir mirip dengan Uranus. Planet ini diberi nama Neptun sempena nama Dewa Neptunus iaitu dewa laut yang sering membawa trisula, tombak yang berpisau tiga. Ini kerana planet Neptun memiliki awan biru dan awan beku. Pada awal penemuan planet ini, ia dipercayai mengandungi laluan air yang sangat luas disebabkan warnanya yang biru.
  • Planet Neptun memiliki stalet semulajadi iaitu Triton dan Nereid.
  • Dewa Neptunus

Pluto

  • Pada tahun 2006, International Astronomical Union telah memutuskan bahawa Pluto bukan lagi kategori planet dalam sistem suria kita. Namun, pada tahun 2015, NASA membuat tinjauan terakhir untuk mengkaji tentang planet tersebut.
  • Dalam mitologi Romawi Pluto adalah Dewa Dunia Bawah. Manakalah dalam mitologi Yunani, ia disebut Hedes. Pluto juga bermaksud dewa kekayaan kerana berlian dan pelbagai batu mulia berasal dari bawah tanah.
  • Dewa Pluto dan Proserpina anak kepada Zeus

Asal usul nama planet dalam sistem suria kebanyakanya awal dinamakan bersandarkan mitos dan kepercayaan tamadun Rom dan Yunani. Penetapan nama tersebut disebabkan golongan yang awal sekali memberikan nama rasmi. Bukan bermaksud tamadun lain lewat memberikan nama planet tetapi atas sebab kumpulan pengkaji moden kini yang memberikanya. Antara lain disebabkan kerana penggunaan nama planet yang sedia meluas digunakan.

BACA JUGA: Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Sebelum Merdeka

Asal Usul Nama Planet Dalam Sistem Suria Mengikut Tamadun, Negara, Dan Bahasa.

Arab: Syams (matahari), Utaared, Zuhra, Ard, Qamar (bulan), Marrikh, Mushtarie, Zuhal, Uraanus, Niftuun

Belanda: Zon, Mercurius, Venus, Aarde, Maan, Mars, Jupiter, Saturnus, Uranus, Neptunus,

Bengali: Surya, Budh, Shukra, Prithivi, Chand, Mangal, Brihaspati, Shani, – –

Canton: Taiyeung, Suising, Gumsing, Deiqao, Yueqao, Fuosing, Moqsing, Tousing, Tinwongsing, Huoiwongsing

Filipina: Araw, Merkuryo, Venus, Daigdig, Buwan, Marte, Jupiter, Saturno, Uranus, Neptuno

Gujarati: Surya, Budh, Shukra, Prathivi, Chandra, Mangal, Guru, Shani, Prajapathie, Varun

Indonesia: Matahari, Merkurius, Venus, Bumi, Bulan, Mars, Yupiter, Saturnus, Uranus, Neptunus

Inggeris: Sun, Mercury, Venus, Earth, Moon, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune

Jawa: Srengenge, Buda, Kejora, Jagad, Wulan, Anggara, Respati, Sani, – –

Jepun: Taiyou, Suisei, Kinsei, Chikyuu, Tsuki, Kasei, Mokusei, Dosei, Ten’ousei, Kaiousei

Jerman: Sonne, Merkur, Venus, Erde, Mond, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptun

Latin: Sol, Mercurius, Venus, Terra, Luna, Mars, Jupiter, Saturnus, Uranus, Neptunus

Melayu: Matahari, Utarid, Zuhrah, Bumi, Bulan, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

Mandarin: Taiyang, Shuixing, Jinxing, Diqiu, Yueqiu, Huoxing, Muxing, Tuxing, Tianwangxing, Haiwangxing

Perancis: Soleil, Mercure, Vénus, Terre, Lune, Mars, Jupiter, Saturne, Uranus, Neptune

Portugis: Sol, Mercúrio, Vênus, Terra, Lua, Marte, Júpiter, Saturno, Urano, Neptuno

Russia: Solnce, Merkurij, Venera, Zemlja, Luna, Mars, Yupiter, Saturn, Uran, Neptun

Sansekerta: Surya, Budha, Sukra, Dhara, Chandra, Mangala, Brhaspati, Sani, – –

Thailand: Surya, Budha, Sukra, Lok, Chandra, Angkarn, Prhasbadi, Sao, Uranus, Neptune

Yunani: Helios, Hermes, Aphrodite, Gaea, Selene, Ares, Zeus, Kronos, Uranos, Poseidon

 

SUMBER:

http://makalah-artikel-online.blogspot.my/2009/05/nama-nama-planet-dalam-berbagai-bahasa.html

http://dikdik-nurhadi.blogspot.my/2013/12/asal-usul-nama-planet-di-tata-surya.html