Letupan Kosmik Punca Kiamat?

Apa Itu Letusan Kosmik

Alam semesta masih menjadi misteri di fikiran manusia kerana penerokaanya tidak pernah berakhir dan mungkin tidak sesekali berakhir. Pelbagai pemerhatian dan penemuan di luar atmosfera sana yang dilakukan oleh agensi angkasa paling besar iaitu NASA. Namun ia mungkin hanya 0.0000000000000000001% (infiniti) dari keseluruhan rahsia yang masih belum terungkap. Apa pun yang berlaku di angkasa sana, pasti ada kaitanya dengan bumi terutamanya kesan terhadap manusia yang tinggal di bumi. Perkaitan itulah para saintis definisikan sebagai hubungan kosmos. Apa itu sinaran kosmik dan mungkinkah ia punca alam ini kiamat?

Maksud Kosmik

Kosmik secara ringkas didefinisikan sebagai alam semestia (universe). Ia selalunya dikaitkan dengan cahaya dari luar bumi (bukan cahaya matahari sahaja). Apa yang dapat dilihat secara mata kasar di langit pada waktu malam ia adalah kosmik. Namun jika kita pergi lebih terperinci, alam kosmik itu lebih luas malah sangat misteri. Sesetengah ilmuwan mengaitkan pertembungan antara galaksi dan letusan bintang-bintak itu menghasilkan fenomena kosmik.

Teori asal sinar kosmik dengan jarak 3000 tahun cahaya mengena pada bumi

Pada tahun 2017, saintis menemui sinar kosmik yang menyentuh langit bumi. Sinar tersebut pastinya bukan sinar biasa yang selalunya disebabkan fenomena matahari. Menurut Dr Jose Bellido, sinar tersebut datangnya luar dari sistem suria malah jauh daripada galaksi kita Bima Sakti. Teknologi pemerhatian yang dinamakan Pierre Auger di Argentina dibangunkan dan melibatkan keluasan 3000 km persegi dan 400 saintis telah melakukan kerja penelitian ini.

Mengapa Kosmik Mungkin Punca kehancuran Alam?

Sinar kosmik sendiri adalah sinar dari cahaya tinggi yang terdiri dari hidrogen (proton), dan helium (partikel alfa). Oleh itu, saintis berkeyakinan tahap radiasi sinar ini juga sangat besar dan dahsyat. Bayangkan sahaja, setiap individu di bumi terdedah dengan radiasi sebanyak 0.00001 Sievert. Dan setiap 1 Sievert dikatakan berlaku peningkatan sehingga 5.5% potensi penyakit kanser. Meskipun gelombang magnetik bumi ini dapat menangkis 99.9% radiasi dari angkasa, namun letusan kosmik mungkin tidak dapat menangkisnya. Ahli astronomi dan saintis masih mengkaji punca sebenar terbentuknya sinar kosmik dan asal usul sinar itu yang sebenar sehingga mencapai bumi.

Beginilah sinar kosmik mengena daratan bumi

Dengan hasil penemuan yang ada, saintis sudah membayangkang betapa dahsyatnya sinar kosmik. Ia lebih bahaya daripada gelombang radiasi yang dihasilkan matahari. Bayangkan sekiranya sinar kosmik berlaku dalam galaksi kita pasti kehancuran pantas melanda sistem suria kita. Kebakaran, ketidak seimbangan cuaca, dan akhirnya bumi seperti dipanggang hidup-hidup.

Namun semua itu masih dalam sangkaan awal para saintis dan pemerhati seperti kita. Apa itu sinaran kosmik dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada manusia masih dalam teori ilmuwan. Segala-galanya dalam pengetahuan Tuhan dan rahsia alam yang belum terungkap.