Anjing Tidak Suka Dipeluk Oleh Manusia Apabila 3 Reaksi Ini Ditunjukkan

anjing tidak suka dipeluk

Ramai yang sukakan haiwan terutamanya kucing, anjing, kura-kura, hamster, burung dan sebagainya sebagai peliharaan di rumah. Haiwan juga menjadi peneman hidup yang mampu menghilangkan rasa bosan. Malah haiwan peliharaan juga mampu memahami interaksi kita sekiranya dilatih. Salah satunya adalah anjing. Ia merupakan haiwan yang paling banyak membantu manusia sama ada ketenteraan, perisikan, guard, kecemasan, dan penjaga ladang. Perananya sudah lama diterap dalam segenap kehidupan tamadun manusia. Ia juga menjadi peliharaan rumah yang digemari ramai. Sekiranya anda salah seorang yang membela anjing di rumah, sudah cukupkah anda mengenali tingkah lakunya? Kami akan kongsikan satu sifat psikologi anjing yang patut anda ketahui. Anjing tidak suka dipeluk oleh manusia.

DOG HATE HUG

Bagi sesetengah penggemar anjing, sudah menjadi kebiasaan untuk memegang, mengangkat dan memeluk anjing peliharaan. Lebih-lebih lagi sekiranya anjing itu mempunyai bentuk fizikal yang menarik, bersih dan bulunya yang lembut. Ia menjadi tarikan kepada ramai lalu memeluknya.

Tahukah anda memeluk anjing akan menyebabkan anjing tersebut merasa sengsara? Fakta ini berdasarkan pandangan seorang pakar dalam melatih anjing dan juga ahli psikologi dari Universiti of British Columbia, iaitu Dr. Stanley Coren.

anjing tidak suka dipeluk

Beliau mengatakan bahawa anjing adalah haiwan yang secara semula jadi dicipta untuk berlari. Bentuk fizikal anjing seperti kaki dan badan juga sudah diciptakan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk larian. Maka apabila dipeluk, mengakibatkan anjing tidak dapat bergerak. Keadaan ini menyebabkan anjing merasa sengsara.

Dalam satu kajian Dr. Coren, 81 peratus daripada 250 gambar anjing yang dipeluk menunjukkan tanda tekanan, dan cubaan untuk melepaskan diri daripada pelukan manusia.

Tanda-Tanda Anjing Tidak Suka Dipeluk:

  • Apabila anjing mendedahkan gigi, ia merupakan tanda kebimbangan.
  • Apabila kepala anjing yang dipeluk sering mengubah arah pandanganya. Ia merupakan tanda kerisauan.
  • Apabila anjing yang dipeluk menutup sedikit matanya yang disebut sebagai “half-moon eye”.

anjing tidak suka dipeluk

Walaubagaimanapun, menurut Dr. Coren anjing akan merasa selesa dengan pelukan manusia apabila ia sudah menjadi kebiasaan yang mana ia akan mewujudkan kepercayaan antara anjing dan manusia.

Saya pernah memiliki seekor anjing peliharaan yang sangat jinak. Apabila saya melontar makanan, anjing itu akan menyambut makanan tersebut dengan mulut. Suatu masa, saya pura-pura melontar makanan sedangkan dalam genggaman saya adalah sebiji batu. Apabila anjing peliharaan saya itu menyambutnya dengan mulut, ia memuntahkan semula. Sejak dari itu, anjing saya tidak lagi menyambut makanan dengan mulut. Mungkin kepercayaanya sudah hilang. Haha. Ingat, ini adalah berkaitan kepercayaan juga.