Amalan Sahih Bulan Syaaban Dan Kelebihan Mengerjakannya

amalan sahih bulan syaaban

Ramai muslim baik ahli dalam agama mahupun yang bukan ahli ingin memastikan amalan mereka adalah tepat dan benar-benar bersandarkan kepada ajaran Baginda Rasulallah SAW. Kesahihan dalam sesuatu amalan adalah penting dan mustahak. Ini kerana Baginda merupakan utusan Allah yang benar-benar jelas dan tahu sesuatu amalan itu diterima oleh Allah ataupun tidak. Maka amatlah penting kita sebagai umat Baginda mengikuti sunnah yang sahih agar amalan kita diterima Allah SWT. Di sini, beberapa hadis sahih boleh dijadikan sebagai rujukan berkenaan amalan yang benar-benar tsabit yang diajarkan oleh Rasulallah SAW. Marilah kita ketahui amalan sahih bulan Syaaban yang dilakukan oleh Baginda SAW.

Berpuasa di bulan Syaaban dan kelebihannya:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Penekanan kepada melakukan amalan sahih bulan Syaaban menjadi tanggungjawab pada diri setiap mukmin. Adalah penting bahawa mengikuti jejak Baginda sebagai pesuluh jalan kehidupan. Semoga amal soleh kita di bulan syaaban diredhai Allah SWT.

Biodata Dr Yusur Al Qaradhawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*