Al-Quran Tidak Dibakar Api? Ini Penjelasan Saintifik Patut Anda Tahu

al-quran

Apabila berlaku kejadian bencana seperti kebakaran sama ada rumah, masjid ataupun sekolah, media sering fokuskan pengalaman mangsa yang mendakwa Al-Quran di rumah mereka tidak terbakar sedangkan lain-lain barang hangus menjadi abu.

Maka timbullah pelbagai persepsi kononya rumah itu wujud keajaiban, atau pemilik Al-Quran itu mempunyai karomah. Kita pun tidak tahu apakah di sebalik hikmah kejadian malang ini, apabila rumah yang terbakar dan mangsa pun tinggal sehelai sepinggan. Yang kita fikirkan ialah perkara mistik kejadian ini. Kononnya ‘sebelum kejadian telah bermimpi pelik’, ‘arwah datang memberi amaran’, dan sebagainya. Ini sahajalah tahap pemikiran masyarakat kita.

al-quran
Al-Quran yang tidak dibakar api dalam satu kebakaran rumah

Berbalik kepada isu, apabila rumah terbakar, kayu, plastik, kertas, dan segala bahan yang boleh terbakar akan hangus. Ironinya mengapa Al-Quran asyik selamat dari jilatan api? sesetengah orang berpendapat bahawa api itu unsur syaitan dan ia takkan menyambar kitab Allah. Ah, cepat sangat masyarakat kita masuk alam mistik.

Cuba renungkan, sebenarnya bukan susah membongkar persoalan ini. Malah perkara ini hanyala isu remeh yang sering menjadi perbualan masyarakat simplistik kita. Hal-hal ghaib, pasti menjadi perhatian.

Jawapanya mudah sahaja, ia adalah faktor sains. Bukan Al-Quran sahaja, malah buku-buku biasa pun akan selamat dari api. Bagaimana?

Kertas merupakan bahan yang mengandungi bahan karbon. Ini termasuklah kertas yang digunakan untuk mencetak Al-Quran. Bahannya sama sahaja, iaitu diperbuat daripada kayu. Manakalah api pula tidak akan marak dan merebak sekiranya tiada oksigen. Logiknya, sama ada Al-Quran atau buku sekiranya terlipat rapi dan rapat, kertasnya tidak akan terbakar. Ini kerana kertas yang tebal dan dilipat rapat tiada ruang oksigen di celah kertas tersebut. Maka sudah tentulah api tidak akan membakarnya. Apa yang berlaku, api hanya membakar kulitnya sahaja. Ini bukan sesuatu yang pelik. Malah tiada kaitan langsung dengan hal-hal ghaib.

al-quran
Al-Quran juga boleh terbakar. Helaianya hanya kertas biasa. Sebahagianya selamat dari api. Sebahagian lain hangus menjadi abu.

Anda boleh melakukan ujikaji di rumah. Bakarlah sebuah buku tanpa menghuraikan kertas-kertasnya yang terlipat rapat. Pasti anda mendapati api sukar untuk membakarnya.

al-quran
Buku-buku biasa juga selamat dari api sekiranya ia tertutup rapat semasa kebakaran terjadi.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpedaya dengan dakwaan karut sesetengah pihak. Fikirlah bagaimana untuk selamat dari api kerana itu lebih tinggi maslahatnya.

Keajaiban atau kejadian yang digelar ‘Khawariqul Adah’ hanya layak bagi Nabi. Adapun dilalui oleh orang biasa adalah atas rahmat Allah. Tidaklah layak bagi kita meng’claim tersebut. Apatah lagi kalau kita hanya jenis yang menjadikan Al-Quran sebagai perhiasan yang terlipat rapi, rapat, dan ketat di atas almari rumah.