7 Amalam Kesukaan Nabi Di Bulan Ramadhan Hadis Ibadah Sahih

7 amalan kesukaan nabi

Bulan mulia yang dinanti-nanti seluruh umat Islam telah pun tiba. Menjadi satu kesyukuran yang amat tinggi apabila kita sempat melalui ibadah sepanjang bulan puasa ini. Kerana bulan ramadhan merupakan bulan beramal soleh yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya dengan ganjaran. Marilah kita renungi sebagai umat Nabi Muhammad SAW, baginda telah memberikan petunjuk dan panduan yang jelas akan dalam soal amalan soleh yang boleh dilakukan sepanjang bulan puasa. Inilah 7 amalan kesukaan Nabi di bulan Ramadhan:

1. Solat Terawih

Ia merupakan solat sunat yang hanya boleh dilakukan pada bulan ramadhan. Satu kerugian yang amat besar sekiranya kita melepaskan peluang untuk mengerjakanya.

2. Qiamullail

Telah maklum di kalangan sahabat Nabi yang menyaksikan perlakuan Baginda di bulan ramadhan. Setiap kali bulan ramadhan, Nabi akan memperbanyakan tidur di masjid dan bangun pada malamnya sebelum masuk waktu subuh. Beramal pada waktu sepertiga malam sangat berkesan kerana pada masa inilah otak manusia tenang dan kosong, pada masa inilah jiwa yang beribadat sangat dekat dengan Tuhanya.

“Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3. Membaca Al-Quran

Inilah amalan yang paling terkenal dilakukan oleh para sahabat dan alim ulama kerana telah tercatat bahawa bulan ramadhan merupakan hari diturunkan Al-Quran seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al Bakarah ayat 185. Pada bulan ramadhan juga, Jibril sentiasa bertadarus dengan Nabu Muhammad SAW setiap hari.

Para salaf juga memperbanyakkan bacaan Al-Quran sehingga ada yang khatam hanya tiga hari dan ada sepeluh hari. Imam Syafie akan menggandakan kekerapan dan jumlah bacaan Al-Quran setiap kali bulan ramadhan. Malah ramai ulama-ulama besar Islam juga cukup terkenal dengan kekerapan mereka khatam Al-Quran dibulan ramadhan. Begitu mereka memandang tinggi akan ganjaran pahala membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

4. Bersedekah

Bersedekah adalah amalan yang menghidupkan bulan ramadhan. Ia seolah nafas dan nyawa bulan ramadhan. Kerana dengan bersedekah, hati para mukmin dapat disucikan. Dengan bersedekah di bulan ramadhan, harta dan kekayaan diberkati. Malah bersedekah dapat berkongsi nikmat kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang memerlukan seperti fakir miskin, dan anak yatim.

Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

5. Memberi Makan Kepada Orang Yang Berbuka Puasa.

Zaman yang cukup mencabar ini, manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan dunia, namun berbeza pula pada pandangan Islam. Memberi kepada yang memerlukan sangatlah mulia. Apatah lagi jika ia diamalkan dibulan ramadhan. Memberi atau membelanjakan sejumlah harta yang ada untuk membantu orang lain berbuka puasa merupakan amalan yang mulia. Ini termasuklah menyediakan makanan di masjid sebelum berbuka puasa.

6. Zakat Fitrah

Menjelang bulan ramadhan, umat Islam yang memenuhi syarat dikehendaki untuk menunaikan zakat fitrah. Ini kerana zakat merupakan amalan fardhu yang wajib dilaksanakan untuk menyempurnakan rukun Islam. Ia juga merupakan institusi kewangan di dalam agama Islam yang mana hasil kutipan zakat itu akan diagihkan semula kepada asnaf.

7. Mengerjakan Umrah

Baginda SAW akan mengerjakan umrah di bulan ramadhan. Ia adalah sunnah yang sahih. Baginda SAW bersabda: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari). Namun sekiranya tidak mampu tidak mengapa. Pasanglah niat dan mudah-mudahan suatu hari nanti diberikan rezeki untuk mengerjakanya.

BERKAITAN: Niat Puasa dan Ganti Puasa

Inilah 7 amalan yang disukai Nabi pada bulan ramadhan. Allah Maha Besar yang Maha Pemurah telah memberi nikmat yang tidak terhingga kepada hambanya. Hanya terpulang kepada hambanya sahaja sama ada sanggup melakukanya ataupun tidak. Ganjaran terbentang luas, maka ambiklah. Wallahualam.