Senarai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilaksana 2022

17 Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Musim tengkuju di Malaysia bukan lagi asing namun kadar kerosakanya setiap tahun adalah berbeza-beza mengikut keadaan dan juga faktor pengurusan banjir sesuatu tempat. Hujung tahun 2021, berlaku kejadian banjir di beberapa buah negeri melibatkan Selangor, Pahang, Johor dan juga Sabah. Beberapa negeri lain turut terjejas namun kadar kerosakan yang lebih rendah. Kerajaan sentiasa peka dan prihatin akan kejadian bencana alam dan pihak yang berkenaan sentiasa siap siaga menerima sebarang kemungkinan. Melalui Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.03 bilion. Daripada jumlah tersebut, terdapat 17 bantuan banjir yang bakal diperolehi kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.

17 Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Bantuan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob melalui Kementerian Kewangan. Jumlah bantuan ini adalah berdasarkan anggaran kerosakkan yang terlibat di seluruh negara. Pelbagai bentuk bantuan yang akan diberikan kepada mangsa dan penduduk yang terlibat haruslah mengetahui akan cara-cara untuk mendapatkanya. Terdapat 17 senarai bantuan yang diberikan kerajaan, dan daripada 13 tersebut telah dibahagikan kepada tiga (3) jenis bantuan. Pertama, Bantuan Tunai, Kedua Pembiayaan dan ketiga, Bantuan Komuniti.

Bantuan Tunai

  1. Bantuan Wang Ihsan Seisi Rumah sebanyak RM1000 disediakan bagi bantuan setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir termasuk mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
  2. Rebat 100% bil elektrik bagi pengguna domestik yang terkesan akibat banjir untuk bulan Disember 2021.
  3. Rebat RM500 bagi pembelian barangan elektrik. Kerajaan akan menyediakan bantuan berbentuk baucar pembelian barang-barang elektrik kepada mangsa banjir. Penebusan boleh dibuat di kedai, pasar raya atau platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga, dan Sumber Asli.
  4. Bantuan RM2500 bagi rumah mangsa yang ditenggelami banjir sehingga mengakibatkan kerosakan peralatan perabot.
  5. Baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia. Dengan diskaun sehingga 50% upah pekerja percuma Perodua akan menyediakan perkhidmatan tunda kereta ke pusat servis mereka. Kerajaan juga menyediakan baucar diskaun sehingga RM1000.
  6. Baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia. Dengan diskaun sehingga 50%, Proton turut menyediakan perkhidmatan tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat servis mereka. Kerajaan juga menyediakan baucar diskaun sehingga RM1000.
  7. Bauca diskaun automotif Keluarga Malaysia di syarikat kereta yang lain sehingga 25%. Perkhidmatan tunda dan menawarkan bayaran perkhidmatan ansuran sehingga 1 tahun. Kerajaan turut menyediakan baucar diskaun sehingga RM1000.
  8. Bantuan Kematian Wang Ihsan sebanyak RM10000 kepada waris yang mengalami kematian ahli keluarga akibat bencana banjir.

Pembiayaan

  1. Bantuan bayaran balik melalui BNM di semua sektor perbankan sehingga 6 bulan dan bantuan penjadualan semula dengan pengecualian caj bayaran lewat.
  2. Kemudahan kewangan untuk PKS melalui BNM di semua sektor perbankan sehingga RM700,000 dengan kadar faedah sehingga 3.5%. Moratorium automatik selama 6 bulan dan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun.
  3. Kemudahan pinjaman kewangan di semua sektor MIKRO sehingga RM150,000 dengan kadar faedah hingga 3.5%. 6 bulan moratorium automatik dan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun.
  4. Bantuan Pinjaman MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 kepada mangsa banjir dengan kadar faedah serendah 0% dan tempoh moratorium 6 bulan serta lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.
  5. Pinjaman pemulihan banjir sehingga RM100,000 melalui TEKUN dengan kadar faedah serendah 0% dan moratorium automatik sehingga 12 bulan dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.

Bantuan Komuniti

  1. Bantuan melalui GLIC dan GLC berbentuk penyediaan barang keperluan asas kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
  2. Kerja-kerja pemulihan seperti mengutip sampah, membersih dan menghantar sisa banjir ke tapak pelupusan.
  3. Kerja-kerja pembaikan rumah mangsa banjir dengan nilai sehingga RM5000
  4. Pembinaan semula rumah yang mengalami kerosakan serius dengan jumlah sehingga RM56,000 dan baik pulih sehingga nilah RM15,000.

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia