13 Tahun BAM Melatih Lee Zii Jia, Kini Tiba-Tiba Keluar

13 TAHUN BAM MELATIH LEE ZII JIA

Apakah puncanya, yang pasti Lee Zii Jia telah menghantar surat untuk meninggalkan BAM pada 11 Januari yang lepas. Kehadiranya itu ditemani bersama kakaknya, namun tidak begitu menggembirakan presiden BAM, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria berkenaan tindakanya. “Kita telah memujuknya namun beliau tetap dengan keputusanya untuk meninggalkan BAM. 13 tahun BAM melatih beliau namun setelah beliau berada di kemuncak karier, beliau ingin meninggalkan BAM yang banyak berjasa untuk membentuknya sehingga menjadi jaguh badminton negara.”

Menurut Norza, salah satu alasan Lee Zii Jia meninggalkan BAM adalah kerana beliau tidak mampu menjadi pengganti kepada pemain nombor satu negara, iaitu Datuk Lee Chong Wei. Harapan BAM untuk beliau dapat menggantikan kedudukan LCW ke persada dunia itu hambar. Tujuan beliau keluar daripada BAM juga adalah dengan matlamat yang sama iaitu menjadi pemain nombor satu dunia namun dengan caranya tersendiri. Mungkin beliau mempunyai cara sendiri dengan tidak terikat dengan BAM untuk mencapai cita-citanya.

Kini Lee Zii Jia akan bergerak bersendirian secara profesional dalam keriernya sebagai pemain badminton dunia. Namun, pihak BAM belum dimaklumkan lagi arah tuju sebenar Lee sejurus keluar daripada BAM. Setakat ini belum ada mana-mana kelab yang secara rasmi menawarkan beliau untuk menyertai pasukan baharu. Apa yang penting ialah, BAM kini kehilangan satu-satunya aset penting dalam sukan badminton yang mana Lee adalah pemain berumur 23 tahun yang masih mempunyai masa dan peluang untuk digilap sebagai jaguh nombor satu negara. Meskipun 13 tahun BAM melatih beliau, jika dibandingkan LCW yang berada dalam BAM selama 19 tahun, namun semuanya memberi impak kepada BAM.