13 Bahasa Etnik di Sabah Hampir Pupus dan Akan Lenyap

13 bahasa etnik di sabah hampir pupus

Menurut seorang ahli linguistik, Profesor Emeritus Michael E. Krauss sebanyak 6784 bahasa yang dikenalpasti oleh Ethnologue, 50% daripadanya akan pupus dalam masa 100 tahun! Jumlah itu dianggar mencecah 3000 bahasa yang berisiko untuk lenyap dari kewujudanya di muka bumi. Menurut rekod, 210 bahasa hampir pupus di Pasifik, 170 di Amerika, 78 di Asia, 46 di Afrika, dan 12 di Eropah. Daripada kajian tersebut, 13 bahasa etnik di Sabah hampir pupus dan akan lenyap selamanya.

Sesuatu bahasa itu akan hidup selama mana ada penuturnya. Namun sekiranya penutur bahasa itu tidak lagi menuturnya dalam kehidupan harian, itu akan menunjukkan tanda kepupusan. Jumlah penutur terhadap sesuatu bahasa juga penting. Semakin sedikit yang menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa komunikasi harian, makan ia juga berisiko untuk pupus.

Hari ini, kesan daripada kemajuan teknologi, pendidikan, penghijrahan, kahwin campur, dan sebagainya, bahasa-bahasa etnik minoriti di Sabah semakin pupus. Jangankan bahasa, kemungkinan anda sebagai orang Sabah sendiri tidak tahu kewujudan beberapa etnik di Sabah ini.

Etnik Kagayan, Kimaragang, Makiang, Lobu, Lotud, Makiang, Minokok, Paitan, Sembakung, Serudung, Sinabu, Tengara, Tidung dan Ubian mungkin biasa anda dengari. Namun adakah anda pernah ketahui etnik seperti Balau, Bukitan, Lahanan, Lisum, Longkiput, Lun Dayeh, Remun, Saban, Sekapan, Sihan, Tabun, Tagal dan Ukit?

13 Bahasa Etnik di Sabah Hampir Pupus :

  • Balau
  • Bukitan
  • Lahanan
  • Lisum
  • Longkiput
  • Lun Dayeh
  • Remun
  • Saban
  • Sekapan
  • Sihan
  • Tabun
  • Tagal
  • Ukit

Adakah anda salah seorang antara etnik di atas? Tahukah anda bahawa etnik-etnik yang hampir pupus ini penuturnya hanya di kalangan generasi tua. Manakalah generasi muda tidak lagi menjadikan bahasa etnik mereka untuk komunikasi harian di kampung sendiri.

Rumah etnik yang dipamer di muzium Kota Kinabalu

Hal ini dapat dilihat seperti nasib etnik Kelabit di tanah tinggi Bario utara Sarawak yang kini penuturnya tidak sampai 1000 orang. Sedangkan menurut kajian bahasa ini sudah wujud 300 tahun dahulu. Meskipun keturunan mereka semakin ramai namun bilangan penuturnya yang fasih semakin berkurang. Malah penutur yang fasih pun hanya di kalangan generasi tua.

BERKAITAN BUDAYA: Falsafah Pesta Kaamatan

Bahasa sangat penting. Ia menjadi identiti budaya sesuatu etnik dan masyarakat. Dengan penguasaan bahasa, ia bukan sekadar sebuah perkataan dan alat komunikasi tetapi merupakan teras dan asal usul sesuatu bangsa.

SUMBER:

https://en.wikipedia.org/wiki/Michael_E._Krauss

Sarawakvoice

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*