10 Skil Paling Popular Tahun 2020 Mampu Meraih Hingga 10 Ribu Dollar

10 skill paling popular 2025

Bermula tahun 2020, adalah tahun paling mencabar dalam sejarah tamadun manusia khususnya di era pemodenan dan super canggih dalam semua perkara. Tahun 2020 juga, umat manusia sejagat secara global teruji dengan penularan virus Covid-19 yang bermula lewat 2019. Keadaan memaksa masyarakat dunia mengubah gaya hidup dengan cara norma baharu setelah pandemik Covid19 yang membunuh ribuan penduduk dunia. Banyak rutin manusia telah terjejas malah merosak ekonomi dunia. Ketidakpastian berlaku di merata tempat. Peluang pekerjaan menjunam, pekerja dihentikan, syarikat mulai rugi dan gulung tikar, dan kerajaan dari mana-mana negara sedang merangka pelan pemulihan ekonomi yang tidak diketahui keberkesanannya. Di sebalik kesukaran yang dihadapai, sama ada individu mahupun syarikat, realiti yang dihadapi manusia telah mewujudkan satu dimensi baharu dalam kemahiran pekerjaan. Di sini kami kongsikan 10 skill paling popular mulai tahun 2020 dan dijangka memuncak pada tahun 2025.

10 Skil Paling Popular Tahun 2020-2025

1. Pemikiran Analitik dan Inovasi (Analytical Thinking and Innovation)

Pemikiran analisis dan inovasi adalah satu kombinasi yang ada pada individu. Pemikiran analisis adalah keupayaan seseorang menterjemah data atau dapatan dari lapangan untuk dirumuskan kepada sesuatu maklumat baharu yang lebih konstruktif dan tersusun. Ia juga bermaksud keupayaan dalam meramal sesuatu yang bakal berlaku berdasarkan kajian maklumat dan data yang ada sebelumnya. Manakalah inovasi pula ialah kemampuan mencipta sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk teknologi, sistem atau kemahiran yang mana bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, penciptaan kalkulator memudahkan proses mengira sukar kerana menggunakan formula yang kompleks.

Kerja Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2021

2. Pembelajaran Aktif dan Strategi Pembelajaran (Active Learning And Learning Strategies)

Secara semula jadi, semua manusia memiliki 24 jam yang sama dalam kehidupan. Namun kemampuan manusia yang berbeza-beza akan menyebabkan manusia mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Ia bermula daripada bagaimana kebolehan seseorang memajukan diri dan potensi mereka. Kebolehan manusia bergantung juga dengan pembelajaran mereka. Ia tidak percuma. Oleh itu, seseorang yang mempunyai skil pembelejaran aktif dan strategi pembelajaran sangat penting agar masa yang ada tidak disia-siakan. Kemahiran membuat nota, membuat hafalan, kecepatan membaca, menangkap fakta dan mengolah jawapan sangat penting saat ini. Individu yang baru melapor diri di sesuatu tempat bekerja amat memerlukan skil pembelajaran agar mereka mampu beradaptasi dengan persekitaran kerja lebih-lebih lagi di dalam syarikat yang besar dan kompleks.

3. Penyelesaian Masalah Kompleks (Complex Problem Solving)

Anda harus tahu sesuatu masalah itu dalam kategori bagaimana. Masalah kompleks bermaksud sesuatu masalah yang berpunca dari pelbagai aspek dan bukan berpunca dari sebab yang tunggal. Masalah kompleks ialah masalah yang mempunyai pelbagai punca yang tergabung dan saling berkait antara satu sama lain. Menyelesaikan masalah yang kompleks ini merupakan satu skil yang sangat dituntut saat ini terutamanya bila berada dalam organisasi yang besar. Ia memerlukan pemikiran yang tajam dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks tersebut.

4. Pemikiran Kritis dan Analisis (Critical Thinking and Analysis)

Sama seperti pertama tadi, pemikiran kritis pula sangat berkait rapat dengan analisis. Pemikiran kritis lebih mentah dan bersifat pra rumusan. Pemikiran kritis digunakan seawal pembacaan data dan maklumat. Data dan maklumat yang baharu dan belum disimpulkan kepada sesuatu rumusan. Semasa pembacaan dapatan data, disinilah skil pemikiran kritis sangat diperlukan. Hal ini kerana, kita tidak boleh secara mudah menelan data atau maklumat yang ada sebelum difikirkan. Ini selalu dilakukan kepada pelajar atau konsultan yang membuat pemantauan atau soal selidid di lapangan. Tidak semua hasil soal selidik atau pemantauan boleh diterima bulat-bulat. Hasil daripada pemikiran kritis ini akan menyimpulkan kepada sesuatu data yang baharu yang digunakan untuk analisis.

5. Kreativiti, Ketulenan dan Inisiatif (Creativiti, Originality and Initiative)

Kreativiti adalah puncak kemahiran seseorang. Kreativiti adalah kebolehan mencipta, mengahasilkan serta mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan dengan mencuba dan didorong oleh motivasi, idea altenatif, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat. Pemikiran kreatif lebih merupakan suatu kaedah untuk berurusan dengan teliti atau mengubah realiti yang ada menjadi realiti baharu.

6. Kepimpinan dan Pengaruh Sosial (Leadership and Social Influence)

Pada masa kini, kepimpinan dan pengaruh sosial sangat penting. Sebahagian manusia secara realitinya lebih suka bergantung kepada orang lain. Individu yang lebih menonjol dan berpengaruh akan menjadi rujukan dan ikutan malah mampu membuat keputusan. Ia bukan kerana bakat bekerja yang ada semata-mata namun kerana kebolehan dalam mempengaruhi ramai menjadikan ia menjadi ikutan. Daripada 10 skil paling popular ini, skil kepimpinan harus berintegrasi dengan kemahiran berfikir dan bekerja.

7. Penggunaan Teknologi, Pemantauan dan Pengawalan (Technology Use, Monitoring and Control)

Dalam tamadun manusia, penciptaan alat penting untuk memudahkan kerja manusia. Sejak zaman berzaman, manusia telah mencipta pelbagai teknologi bukan sahaja memudahkan kerja manusia malah menjimatkan masa dan kos serta tenaga. Teknologi pada saat ini sangat penting untuk mempercepat kerja lebih-lebih lagi dalam persaingan industri yang semakin rancak.

8. Rekabentuk Teknologi dan Programing (Technology Design and Programming)

Manusia semakin banyak bergantung kepada IT dan itu telah banyak membantu manusia membuat kerja. Semakin canggih maka semakin ia membantu. Di sesebuah syarikat, programming sangat penting untuk meringkaskan kerja manusia namun dengan penggunaan rekabentuk (design) teknologi tersebut yang betul dan sesuai. Sebagai contoh, sebuah syarikat mencipta sistem pemantauan kehadiran dengan menggunakan scan ibu jari pekerja tanpa menggunakan kad kehadiran. Dengan bertujuan teknologi tersebut mematuhi ketelusan dalam sistem kehadiran, di samping ia dapat dipantau secara menyeluruh dalam satu sistem yang tergabung. Ini bermakna pekerja tidak lagi perlu melapor atau menunjuk kad printing kehadiran mereka kepada majikan. Ia semuanya terkumpul dalam satu sistem yang terekod tanpa penipuan.

9. Ketahanan, Toleransi Tekanan dan Kelenturan (Resilince, Stress Tolerance and Flexibility)

Dalam pekerjaan, hampir kesemua perkara kita akan berhadapan dan berurusan dengan manusia. Gelagat manusia yang berbeza-beza mengganggu emosi serta mental kita. Kebolehan menyerap tekanan pekerjaan sangat dituntut saat ini. Daya ketahanan mental diperlukan agar kita terus membuat kerja secara lancar tanpa mengganggu objektif pekerjaan kita.

10. Sebab, Penyelesaian Masalah dan Idea (Reasoning, Problem Solving and Ideation)

Yang terakhir adalah kemampuan mengenalpasti punca, penyelesaian masalah dan mengeluarkan idea. Dalam semua hal pekerjaan, masalah sentiasa ada dan tidak pernah habis. Namun seseorang yang mampung mengeluarkan idea untuk menyelesaikan masalah merupakan emas dalam sesebuah organisasi.

10 skil paling popular ini merupakan satu fakta bahawa zaman kini kebolehan tersebut sangat dituntut. Seseorang yang bergelar guru, doktor, atau jurutera tidak cukup sekiranya tidak mempunya kemahiran yang disenaraikan ini. Oleh itu, peningkatan nilai dan kualiti diri sangat dituntut agar kita mampu bersaing di saat zaman dan dunia yang semakin rumit dan sukar.

9 Pekerjaan Lumayaan Untuk Fresh Graduate