10 Makanan Paling Mahal Di Dunia Anda Patut Tidak Tahu

10 makanan paling mahal di dunia

10 Makanan Paling Mahal Di Dunia. Umpama dalam kisah urban yang sangat asing, dan ini fakta yang paling rare mungkin buat anda tergamam. Makanan merupakan keperluan harian manusia. Jika anda membelanjakan duit untuk membeli makanan setiap hari sebanyak RM20, mungkin ia bagai miskin bila dibandingkan dengan makanan mahal ini. Walhal RM20 untuk makanan harian merupakan gaji sehari bagi pekerja stor di super market dalam Malaysia. Namun, di luar sana sebenarnya fakta mengenai makanan termahal ini benar-benar wujud. Harganya boleh tahan, dan buat anda menggaru poket. Ini dia 10 makanan paling mahal di dunia:

10. CENDAWAN MATTAKE

  • Ia sangat popular di Jepun. Cendawan ini banyak dijumpai di Asia, Amerika Utara, dan Eropah. Ini adalah spesis tumbuhan mycorrhizal yang paling dikehendaki dan didambakan di kalang penggemar makanan cendawan. Ia bukan sekadar sukar dicari malah kuantiti pertumbuhanya sangat kurang. Di jepun, ia hanya tumbuh tidak lebih satu tan setahun.
  • Harga: $1000 : RM4,400.00

9. WESTIN HOTEL BEGIN

  • Ia hanyalah sekadar donut yang dicipta oleh Frank Tujague, Eksekutif Masakan di Hotel Westin Ney York. Donut ini diselaputi kream keju, hirisan beri goji yang diselaputi dengan dedaun emas. Dengan keunikan itulah donut ini menjadi mahal
  • Harga: $1000: RM4,400.00

8. ZILLION DOLLAR LOBSTER FRITTATA

  • Hanya resepi telur dadar tetapi ditambah dengan kuku lobster dan 10 Aun Sevruga Kaviar (Telur Ikan Beluga Yang Hanya Hidup Di Lautan Kaspian) menjadikan ia terlalu mahal. Telur Ikan Beluga sememangnya sangat mahal. Ia dihidangkan di Hotel Le Parker Meridien New York.
  • Harga: $1000: RM4,400.00

7. WAGYU RIBEYE STEAK

  • Merupakan daging lembu daripada Hyogo, Jepun. Lembu ini dibesarkan dengan diberi minum bir dan diurut agar dagingnya sentiasa lembut.
  • Harga: $2,800: RM 12,320.00

6. SAMUNDARI KHAZANA CURRY

  • Lobster Scottland diselaputi emas, empat siput laut, dan empat ketul telur beluga. Dan ia hanya terdapat di Bombay Brassiere. Kalau anda perasan, menu ini ada masuk dalam filem Slumdog Millionair.
  • Harga: $3,200: RM14,080.00

5. PIZZA DIARAJA 007

  • Di Domenico Crolla, terdapat menu Pizza Diraja 077. Ia dicipta oleh chef daripada Scottland. Bersaiz lebar 12 inci, penuh dengan udang yang diperap, telur ikan beluga yang direndam dalam champagne, sos tomato, salai ikan Salomon, dan 24 karat kepingan emas. Ia tidak boleh dibawa pulang dan hanya untuk dimakan.
  • Harga: $4,200: RM18,480.00

4. DENSUKE BLACK WATERMELON

  • Hanya tumbuh di Hokkaido, Jepun menjadikan ia buah yang sangat rare. Isinya yang enak dan kemanisanya tiada tandingan.
  • Harga: $6,100: RM26,840.00

3. YUBARI KING MELON

  • Bukan harga sebiji, tetapi seorang ahli perniagaan telah menjual keseluruhan buah ini dalam kedainya untuk dibawa balik ke rumah. Ia berlaku di Yubari, Hokkaido, Jepun. Namun tembikai jenis daripada cantaloupe ini bukan seperti yang anda selalu lihat di pasaran. Ia juga sama seperti Densuke Black Watermelon  yang mana hanya tumbuh di satu tempat di dunia.
  • Harga: $22,872: RM100,636.80

2. ALMAS CAVIAR

  • Berasal daripada Iran. Caviar atau telur ikan beluga sudah sememangnya mahal namun apa yang menjadikan ia sangat mahal meskipun hanya bersaiz kecil tin emas 24 karat yang digunakan menempatkan caviar. Ia hanya terdapat di Picadilly, Landon.
  • Harga: $25,00: RM110,00.00

1. ITALIAN WHITE ALBA TRUFFLE

  • Ia adalah sejenis tumbuhan yang sangat sukar dicari dan hanya tumbuh pada masa tertentu sahaja dengan jangka masa sangat pendek. Tumbuh di celah akar pokok seperti di Utara Itali sekitar bulan Nov dan Dis sahaja. Ia juga boleh didapati di hutan dalam Perancis namun terpaksa menumpuh jalan yang sangat jauh. Ada juga pencari truffle ini dengan menggunakan anjing terlatih. Rekod penemuan Jamur, atau White Truffle ini adalah seberat 1.51kg jenis warna putih. Ia adalah jenis termahal dan terberat pernah dijual.
  • Harga: $160,406: RM705,786.40

10 makanan paling mahal di dunia seperti yang disenaraikan di atas kebanyakanya adalah fakta yang jarang diketahui umum. Wujud di luar sana daripada negara kita Malaysia bahawa adanya makanan yang tidak ada dalam negara begitu mahal sekali. Hanya sedikit orang sahaja yang mampu menikmatinya. Apa-apa pun ia hanyalah nikmat dunia. Tapi kalau dapat percuma, rezekilah namanya.