Tarikh Pembayaran dan Jumlah Bonus Hari Raya Kakitangan Awam 2017

Menerusi laman rasmi Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas kepada kakitangan awam menjelang perayaan aidilfitri 2017. Seramai 1.6 juta penjawat awam dan 775000 pesara kerajaan bakal menerima bonus hari raya ini seperti yang diumumkan oleh kementerian. Berikut adalah kenyataan rasmi KKM berhubung tarikh pembayaran dan jumlah bonus hari raya untuk kakitangan awam 2017.tarikh pembayaran dan jumlah bonus hari raya


SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak 1 bilion ringgit.

Kerajaan berharap dengan Pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan

Putrajaya

2 Jun 2017


Butiran Tarikh Pembayaran Bantuan Khas

  • Akan dikreditkan sebelum 9 Jun 2017

Butiran Jumlah Bantuan Khas

  • Sebanyak RM500 untuk kakitangan awam
  • Sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan

Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, moga dapat dibelanjakan dengan berhemah di samping meringankan beban kewangan keluarga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*