Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Dan Jadual Wang Dikreditkan

tarikh pembayaran br1m 2017

Sukacita dimaklumkan tarikh pembayaran BR1M 2017 untuk fasa1, Fasa2 dan Fasa3 akan dikreditkan mengikut tarikh yang telah diumumkan oleh Kementerian. Berikut adalah jadual jumlah dan tarikh wang dikreditkan ke akaun kepada penerima mengikut kategori.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Berikut merupakan jadual jumlah bayaran BR1M kepada rakyat:

Kategori Isi Rumah/E-Kasih

  • Jumlah BR1M RM1200
  • Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)
Fasa 1 Fasa2 Fasa3
RM 400 RM 400 RM 400
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2017 

Kategori Isi Rumah 2

  • Jumlah BR1M RM900
  • Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
RM300 RM300 RM300
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2017

Kategori Individu Bujang

  • Jumlah BR1M RM450
  • Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah
Tarikh Wang Dimasukkan
18 Feb 2017
Aplikasi Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2017

Penerima BR1M daripada semua kategori telah dinaikkan seperti dalam jadual di atas. Peningkatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin kepada keperluan rakyat semasa. Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan agar rakyat yang telah menerima bantuan tersebut membuat perbenjaan berhemah dan jimat cermat.

BERKAITAN: Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun


Jadual pembayaran pertama seperti di atas adalah rasmi. Anda boleh merujuk rekod pembayaran BR1M pada tahun 2016 seperti jadual di bawah:

  • Individu Bujang: RM400 pada 28 Januari 2016.
  • Pendapatan bawah RM3000: RM250 pada 28 Jan, RM250 pada 28 April & RM250 pada 15 Jun 2016
  • Pendapatan RM3000-RM4000: RM200 pada 28 Jan, RM200 pada 28 April & RM200 pada 15 Jun 2016
  • E-Kasih: RM250 pada 28 Jan, RM 250 pada 28 April, RM300 pada 15 Jun, RM250 pada 28 Sept 2016

tarikh pembayaran br1m 2017Tarikh pembayaran BR1M 2017 sedikit lewat berbanding tarikh pembayaran BR1M 2016. Namun, walaupun tarikh yang sedikit lewat ini tidak menjejaskan jumlah BR1M yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kita. Bantuan ini wajar dihargai di samping usaha kerajaan untuk meringankan beban hidup rakyat yang semakin mendesak. Semoga dengan bantuan ini dapat menyelesaikan sedikit sebanyak beban hidup rakyat sepanjang tahun 2017.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk tahun 2017 telah diumum oleh PM pada akhir sesi pembentangan Bajet 2017 di dewan parlimen 2016 yang lepas. BR1M merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat untuk jangka masa pendek. Selepas ini penerima bolehlah merancang perbelanjaan mereka kepada perkara yang berfaedah.

INFO BERKAITAN: Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun

*Sebarang perubahan informasi tertakluk kepada pemakluman kementerian dan akan dikemaskini dalam laman ini. Pihak admin menghargai atas kesetiaan pengunjung ke laman ini.

25 Comments

  1. Kenapa tahun ini pembayaran brim hanya rm900 tidak seperti tahun sebelum saya terima rm1200, sedangkan saya tidak bekerja dari bulan april tahun lepas kerana diberhentikan, sekarang saya tidak mempunhai pendapatan tetap hanya bergantung pada tempahan kueh dan bayarwn sewa tapak kedai rm1000 sebulan tiada ssm. Mengapa btim saya dikurangkan?

  2. kenapa brim sy dapat rm300 je fasa ketiga ni?boleh tolong jelaskan??

    • Mungkin encik kategori isi rumah 2. Pendapatan RM3001 hingga RM4000. Kategori ini layak BR1M RM900 keseluruhan dengan RM300 setiap fasa. sekiranya encik bukan kategori ini, encik perlu rujuk LHDN terdekat. TQ

  3. 16.8.2038 KOT BARU MSUK

  4. Bila duit nk msuk ni??kata 16 Ogos ni..tp knp xde lg msuk duit ke akaun eh!!!

  5. BR1M utk pembayaran ketiga 16 Ogos 2017 belum masuk lagi..sekarang dah 17 pun belum masuk juga. Apa macam ni?

  6. Jadual ada 16ogos 2017 kenapa belum masuk bila pula masuk

  7. Kata br1m masuk hari ni..bila cek tak masuk juga..betulkah tarikh 16.ogos.2017
    Br1m akan diagihkan ke akaun..kenapa tak masuk lagi..atau khabar angin jer..

  8. Brim 16/8 masuk pukul berapa nih?knapa check xmasuk lagi?

  9. MOHD HAFIZ BIN HAMDAN
    at

    Brim 2016.sy dpt status bujang.sepatutnya sy dpt ketua keluarga.sy buat rayuan tambahan dan rayuan sy diluluskan.masalahnya sampai sekarang bayaran untuk rayuan tambahan masih belum dapat.mohon penjelasan??sy sertakan nama penuh:MOHD HAFIZ BIN HAMDAN

    • Encik boleh rujuk terus ke jabatan LHDN terdekat untuk dapatkan maklumat terperinci. Di sana mereka akan semak dalam sistem dengan lebih terperinci.

    • MUHAMAD SHAHMI BIN MA'AROF
      at

      Duit BRIM FASA-3 knpa blm masuk lagi ye? Semakan Tarikh pemberian Brim di tulis 16 OGOS 2017. Tp pg cek xde masuk pun.

      • to la psl..xmsuk2 pon lg

    • Jadual ada 16ogos 2017 kenapa belum masuk bila pula masuk

  10. Muahammad khairulamin bin sulaiman
    at

    Belum masok duit br1m..fasa yang pertama day dapat kenapa fasa kedua Tak masok sampai sekarang

    • boleh hubungi ke talian yang diberikan. atau terus ke pejabat LHDN berdekatan untuk membuat semakan.

  11. Shamsuddin Ahmad
    at

    Hai
    Nak tanya untuk rayuan brim 2017 mengikut status tarikh data ke bank 21/6/2017 tapi sampai sekarang tak masuk2 akaun pun. Kenapa yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*