Status Terkini TGHH Selepas Operasi Pembedahan di IJN

status terkini tghh

Alhamdulillah dan ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana operasi pembedahan yang telah dijadualkan kepada Tuan Guru Haji Hadi berjalan seperti yang diharapkan. Berikutan kejayaan pembedahan tersebut, status terkini TGHH sedang dalam pantauan rapi oleh pasukan jururawat dan doktor selama 48 jam. Ketika ini pelawat tidak dibenarkan masuk melainkan ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Kenyataan rasmi Lajnah Penerangan PAS Pusat:

YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dato’ Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

Pada masa ini Dato’ Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.

48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.

Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh ;

Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub – Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,

Dato’ Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon – Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato’ Dr Suhaini Kadiman – Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.

Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato’ Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*