Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Info Terkini

semakan keputusan spm

Sukacita dimaklumkan keputusan SPM bagi ambilan tahun 2016 akan keluar tidak lama lagi iaitu dijangka pada 16 Mac 2017. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM bagi calon 2016 akan keluar pada 3 Mac 2017 namun telah ditunda ke 16 Mac 2017. Pengumuman itu dipetik daripada kenyataan Pengarah LP, Datin Nawal Salleh melalui surat pekeliling yang dikeluarkan pada 12 Febuari lepas akibat masalah mesin OMR dan kekangan kos membaik pulih. Walau bagaimanapun, proses semakan keputusan SPM secara online tidak terjejas dan boleh dibuat mengikut tarikh baru tersebut.semakan keputusan spm

Pasti ramai pelajar yang ternanti-nanti keputusan mereka itu nanti. Sebagai makluman, kini pelajar boleh membuat semakan keputusan SPM secara online. Pelajar tidak perlu lagi berbaris di kaunter sekolah seperti dulu dan pelajar tidak perlu lagi malu-malu menghadap slip keputusan di samping member yang akan tanya soalan wajib ketika itu ‘apa kau dapat’.

Semakan keputusan SPM secara online ini bukan sahaja memudahkan pihak sekolah malah memudahkan pihak pelajar itu sendiri. Oleh itu, calon SPM yang telah menduduki peperiksaan pada 2016 boleh menyemak keputusan mereka dalam talian online dengan cara ini:

semakan keputusan spm

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda. Pastikan angka giliran anda diisi dengan tepat. Angka giliran boleh dirujuk di slip peperiksaan semasa SPM. Sekiranya slip tersebut hilang, anda boleh dapatkan semula di pejabat AM sekolah masing-masing.

Selain semakan keputusan SPM secara online, terdapat dua lagi cara yang pelajar boleg gunakan untuk membuat semakan keputusan SPM iaitu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan melalui kaunter di sekolah masing-masing.semakan keputusan spm

Taip SPM>jarak<nombor kad pengenalan>jarak<angka giliran kemudian hantar ke 15888. Setiap SMS akan di caj sebanyak 20 sen sahaja.

Sekiranya ingin lebih selamat dan kepastian, pelajar boleh hadir sahaja ke kaunter pejabat am di sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan SPM. Pelajar hanya perlu berikan nama, nombor kad pengenalan dan angka giliran, kemudian tanda tangan ke senarai penerimaan slip.

Pelajar yang hadir ke sekolah dikehendaki memakai seragam sekolah atau pakai yang bersesuaian.

Bagi para pelajar yang ingin membuat permohonan ke peringkat pendidikan seterusnya, pelajar boleh membuat permohonan-permohonan kemasukan yang telah dibuka sejurus keputusan SPM keluar.

Senarai Permohonan Yang Telah Dibuka:

  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
  2. Permohonan Matrikulasi KPM Seluruh Negara

Para pelajar yang membuat permohonan secara online dikehendaki memberikan maklumat yang betul mengikut dokumen masing-masing.

Kegagalan pelajar memberikan maklumat dalam sistem aplikasi online boleh menyebabkan permohonan ditolak.

2 Comments

  1. wanlietha a/p ai nong
    at

    040805020612

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*