Semakan Keputusan Permohonan IPG (PISMP) 2017 Lepasan SPM

semakan status permohonan ipg

Sukacita dimaklumkan kepada calon-calon guru yang telah membuat permohonan ke Maktab Perguruan, semakan keputusan permohonan IPG boleh dibuat mulai hari ini. Pemohon daripada lepasan SPM 2016 dan telah lulus ujian-ujian yang telah diambil dalam kelayakan calon guru dan termuduga, akan mendaftar ke IPG (PISMP) pada 10 Julai 2017 ini.

Calon-calon yang telah berjaya melepasi fasa Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Temuduga IPG akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2017 di Institut Pergururan yang ditetapkan. Semakan keputusan UKCG dan Temuduga boleh dibuat di pautan ini.

Berikut merupakan fasa umum permohonan IPG 2017

semakan keputusan permohonan ipg

Butiran Semakan Keputusan Permohonan IPG (PISMP) 2017 Lepasan SPM

Tarikh Semakan Tawaran: 23 Jun hingga 10 Jualai 2017

Masa Semakan Dibuka: 23 Jun 2017 4:00 petang (Jumaat)

Tarikh Pendaftaran ke IPG: 10 Julai 2017

Aplikasi Semakan: Pautan Semakan Keputusan Permohonan

Calon dikehendaki log in aplikasi untuk membuat semakan keputusan permohonan IPG 2017.


Butiran Pendaftaran IPG

Calon yang ditawarkan kemasukan IPG, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi tahun 2017 dikehendaki melaporkan diri ke Maktab Perguruan yang ditempatkan masing-masing.

Calon guru yang ditawarkan hendaklah mencetak surat tawaran dan membawa dokumen lengkap semasa pendaftaran. Calon yang telah melapor diri boleh mendapatkan surat tawaran berkursus di IPG yang telah ditetapkan.

*Sebarang perubahan tarikh atau maklumat akan dikemaskini dalam laman ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*