Punca Sebenar Zulfarhan UPNM Dibuli Sebelum Meninggal

punca sebenar zulfarhan upnm dibuli sebelum meninggal

Zulfarhan Osman Zulkarnain berumur 21 tahun dilaporkan meninggal dunia waktu malam selepas kali terakhir membuat pemeriksaan pada 31 Mei di klinik. Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu merupakan pegawai kadet laut tahun tiga UPNM. Berikut penjelasan punca sebenar Zulfarhan UPNM dibuli sebelum meninggal.

Menurut keterangan saksi dan rakan, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnaian dibelasa dengan menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan sterika wap di seluruh badan mangsa.

Bentuk Seksaan:

  1. Dipukul dengan tali pinggang
  2. Dipukul dengan getah paip
  3. Dipukul dengan penyangkut baju
  4. Badan ditekap dengan sterika wap seluruh badan

Kejadian itu melibatkan 36 individu berusia 20 hingga 21 tahun yang merupakan penuntuk UPNM dan empat daripadanya adalah penuntut UNITEN.

Punca Zulfarhan UPNM Dibuli Sebelum Meningga Dunia

Menurut keterangan rakan mangsa, Allahyarham dituduh mencuri komputer riba kemudian didera. Meskipun bukan Allahyarham yang melakukannya, mangsa tetap dibuli dengan kejam agar mangsa mengaku perbuatan tersebut. Kejadian tersebut berlaku pada 21 Mei. Allahyarham dibiarkan begitu sahaja sehinggalah mengadu sakit badan dan semakin semakin parah sebelum dihantar ke klinik pada 27 Mei oleh dua orang rakanya. Mangsa sepatutnya dirujuk semula ke hospital selepas dirujuk buat kali terakhir pada 31 Mei di klinik. Namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu.punca sebenar zulfarhan dibuli sebelum meninggal

Menurut bapa saudara mangsa, rakan baik Zulfarhan ada menghubungi ibunya Hawa Osman melalui WhatsApp mengenai kejadian yang menimpa. Mereka menjelaskan Zulfarhan dipukul sebelum ramadhan lagi kerana dituduh mencuri walaupun beliau bukan satu-satunya pelajar yang disyaki. “Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai”. “Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” mesek WhatsApp itu dipetik.

Ekoran kejadian yang menimpa, 36 individu yang terlibat telah ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*