Punca Masalah Duit BR1M Lambat Masuk Ke Akaun Bank

punca masalah duit br1m lambat masuk

Berikutan pengumuman kerajaan mengenai Banturan Rakyat 1Malaysia untuk mereka yang layak, semua pemohon haruslah mengemaskini maklumat melalui Online atau Manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini namun wang masih belum dikreditkan ke akaun pada tarikh yang diumumkan, pemohon haruslah semak punca masalah duit BR1M lambat masuk yang disenaraikan ini.

1) Hilang kelayakan berdasarkan kategori

  • Pemohon berubah status dari bujang ke berkahwin (isi rumah). Pendapatan pasangan harus dikemaskini.
  • Pendapatan pemohon melebihi RM4000.00

2) Tidak melakukan semakan dan kemaskini yang tepat

  • Pemohon menyembunyikan maklumat peribadi. LHDN mampu mengesan (trace) kesemua makluman pemohon termasuklah pendapatan pasangan sekiranya pemohon telah berkahwin.
  • Gagal menghantar borang mandatori untuk kemaskini ke pejabat LHDN seperti surat cerai, surat kematian, sijil kahwin dan sebagainya.

3) Memberikan nombor akaun bank yang salah

  • Terdapat pemohon yang memberikan akaun bank salah selepas membuat kemaskini maklumat peribadi melalui online.

4) Pemohon telah berstatus pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

  • Bagi mereka yang menyambung pelajaran meskipun pernah menerima BR1M sebelum ini (ketika tempoh bekerja/menganggur).

5) Server bank yang mengalami masalah online

  • Apabila tiba masa pengkreditan wang ke akaun penerima, wang itu akan disalurkan ke seluruh penerima yang menggunakan pelbagai jenis bank. Akan berlaku masalah online ATM (Under Maintenance) di cawangan yang digunakan.

Proses mengurus permohonan dan mengkreditkan duit BR1M ke akaun penerima bukanlah mudah kerana tugas tersebut juga dilakukan oleh manusia. Oleh itu akan berlaku beberapa punca masalah duit BR1M lambat masuk seperti senarai di atas.

BERKAITAN: Tarik Pembayaran BR1M Fasa1 Fasa2 Fasa3

Bagi mereka yang ingin membuat aduan kelewatan duit BR1M, boleh terus menghubungi hotline LHDN atau terus hadir ke pejabat LHDN terdekat. Jangan tanya ATM atau kaunter bank. Itu bukan kerja mereka.

Talian Bebas Tol LHDNM : 1 800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

BERKAITAN: Semakan Kemasukan Duit BR1M Ke Akaun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*