Perbezaan Bank Islam Tempatan dan Bank Islam Asing di Malaysia

perbezaan bank islam tempatan dan bank islam asing

Semasa berada di semester akhir bidang ijazah perbankan Islam, saya telah membuat kertas kerja projek untuk menganalisis mengenai perbezaan Bank Islam tempatan dan Bank Islam asing dalam Malaysia. Saya telah menyiapkan kertas kerja ini selama enam bulan. Kesemua data yang dikumpul daripada empat bank tempatan dan empat bank asing. Antaranya BIMB, RHB, AL-Rajhi dan sebagainya. Apakah kesimpulanya?

Objektif

Objektif kajian saya ialah untuk mengetahui apakah perbezaan ketara dalaman dan luaran mengenai bank-bank Islamic di antara bank tempatan dan bank daripada luar negara. Ini yang dimaksudkan adalah visi, misi dan strategi syarikat, sumber manusia syarikat, modal dan prestasi kewangan.

  • Visi dan Misi
  • Strategi
  • Kepakaran
  • Aset
  • Keuntungan

Sumber Kajian

Sumber utama kajian saya adalah berdasarkan raw data daripada setiap bank. Sebagai contoh, penyata tahunan, informasi mengenai bank, produk yang ditawarkan, journal daripada bank, dan sebagainya.

Sebenarnya tidak banyak kajian-kajian terperinci yang menghuraikan tentang sesuatu bank itu. Buku-buku kajian tentang bank Islam juga amat terhad. Ini kerana industri perbankan Islam sebenarnya masih baru. Ia baru wujud 30 tahun dan ini terlalu muda jika dibandingkan dengan industri bank konvensional. Masih terlalu banyak perkara yang dibahaskan. Secara ringkasnya, Bank Islam banyak adaptasi bank konvensional terutamanya dari segi pengurusan dan jenis produk. Hanya bezanya Islam lebih menekankan tentang aspek patuh syariah seperti kaedah keuntungan diambil, kaedah urusan dengan aset, jenis produk yang ditawarkan, perjanjian jual beli, dan banyak lagi. Mungkin ini akan dihuraikan pada masa lain. Insya Allah akan diselitkan sekali kritikan-kritikan ilmuwan kontemporari muslim mengenai operasi perbankan Islam.

Kesimpulan Kajian

Secara ringkasnya, perbezaan Bank Islam tempatan dan Bank Islam asing tidaklah ketara. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu keuntungan. Walaubagaimanapun, Bank Islam asing kurang melakukan pemasaran (marketing) berbanding Bank Islam tempatan di Malaysia. Kedua-dua bank memiliki kepakaran sumber yang sama. Namun wujud perbezaan yang ketara dalam perkara Aset dan Keuntungan antara Bank Islam tempatan dan Bank Islam asing. Apa yang jelas, Bank Islam asing seperti Al-Rajhi memiliki aset yang sangat besar yang mencecah 3 bilion berbanding BIMB 1 bilion. Ironinya, BIMB mencatat keuntungan tahunan lebih tinggi berbanding Al-Rajhi. Salah satu faktor yang menyebabkan senario ini adalah BIMB memiliki aset aktif jangka pendek yang boleh dicairkan. Hartanah, pembiayaan, dan komoditi yang memberi peratusan keuntungan tinggi kepada BIMB begitu juga Bank Islam tempatan lain. Mungkin ini disebabkan polisi bank tersebut dan dasar kerajaan yang bersesuaian dengan bank.

Hasil daripada kertas kerja projek yang saya siapkan dapatlah disimpulkan bahawa sememangnya Bank Islam tempatan memiliki prestasi kewangan tahunan yang lebih baik berbanding Bank Islam dari luar negara. Segala data terperinci akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*