Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah 2018/2019

pendaftaran online kemasukan murid prasekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah bagi sesi tahun 2018/20189 kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi pendaftaran murid Prasekolah bermula 1 Mac 2017. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 02 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 bolehlah membuat pendaftaran untuk anak masing-masing.

Berikut adalah panduan mendaftar yang ibu bapa perlu patuhi untuk anak-anak mereka ke peringkat pendidikan tersebut.

Syarat atau Kelayakan Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah

  • Syarat pendaftaran adalah terbuka kepada anak warganegara Malaysia sahaja.
  • Anak-anak yang lahir pada 02 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja yang layak didaftarkan untuk kemasukan 2018.

Tarikh Pendaftaran Online dan Permohonan Secara Manual

Tarikh Dibuka Tarikh Ditutup
Online 1 Mac 2017 30 April 2017
Manual 1 Mac 2017 31 Mei 2017

1. Pendaftaran Pengguna. Masuk laman e-prasekolah yang akan tertera di bawah. Pastikan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini telah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran akses maklumat dalam talian online.

Aplikasi Daftar Pengguna Borang Manual Daftar Pengguna Ibu Bapa

pendaftaran online kemasukan prasekolah

 

2. Untuk pendaftaran yang dilakukan secara manual, ibu bapa boleh terus berkunjung ke sekolah atau institusi pra-sekolah KPN beserta dengan dokumen lengkap mengikut tarikh buka pendaftaran seperti yang dinyatakan di atas. Senarai sekolah atau institusi hanya boleh didapati dalam laman ini: Senarai Sekolah Seluruh Malaysia

Manakalah ibu bapa yang membuat pendaftaran secara atas talian online, setelah melengkapkan borang dalam talian online, perlulah mencetak borang/surat permohonan pendaftaran beserta dokumen yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon untuk anak mereka. Tarikh tutup hantar dokumen adalah sebelum 31 Mei 2017.

Mengenai keputusan permohonan pendaftaran, ibu bapa hanya perlu Login laman pengguna yang dijangkakan akan keluar pada 5 Ogos 2017 sekiranya tiada perubahan.

BERKAITAN:

Permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi

Permohonan UPU Online UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA/Metro

Permohonan Institusi Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*