Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Yang Mudah

panduan solat sunat hari raya aidilfitri

Sebulan berpuasa dilalui dengan penuh khusyuk. Maka menjelanglah hari yang dinantikan usai Ramadhan berlabuh iaitu Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan ke masjid di pagi raya untuk menunaikan solat sunat. Oleh itu, kami kongsikan panduan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang mudah untuk anda.

Niat Solat Sunat Aidilfitripanduan solat sunat hari raya aidilfitri

Bacaan Rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaaman/makmuman lillahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat aidilfiri dua rakaan menjadi makmum kerana Allah ta’ala

Tatacara Solat Sunat Aidilfitri

Rakaat pertama

  1. Takbir ratulihram (disertakan niat di hati).
  2. Membaca doa iftitah
  3. Takbir sebanyak tujuh kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
  4. Membaca surah al-fatihah
  5. Membaca surah lain(mana-mana yang dihafal)
  6. Kemudian meneruskan rukun lain seperti biasa dalam solat sehingga berdiri semula di rakaat kedua

Rakaat kedua

  1. Takbir sebanyak lima kali diselang selikan dengan bacaan tasbih (baca di bawah)
  2. Membaca surah al-fatihah
  3. Membaca surah lain (mana-mana yang dihafal)
  4. Kemudian meneruskan rukun lain sehingga salam.

Bacaan tasbih yang diselang dengan takbirpanduan solat sunat hari raya aidilfitri

Bacaan Rumi: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illabillahil a’liyyil ‘aziim

Maksudnya: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Selesai menunaikan solat sunat aidilfitri, akan diiringi dengan khutbah jumaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*