Kisah Pemergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS

kisah pemergian allahyarham ustaz fadzil noor

Masih segar di ingatan kita akan sosok tubuh yang sangat berpengaruh malah mencorak pemikiran dan intelektual Islam di Malaysia. Insan yang banyak menyumbang kepada gerakan Islam. Kisah pemergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor ini dikongsi daripada ramai aktivis yang masih mengingati beliau malah pernah susah senang bersamanya dalam perjuangan.

Hari-hari akhir perjalanan hidup seorang mujahid, Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor…

“Tiada siapa menyangka muktamar PAS 2002 di Kota Bharu adalah muktamar widak baginya. Tidak siapa menduga penggulungan terakhir yang panjang dalam muktamar itu adalah ucapan widaknya juga.
Beliau mahu muktamar ditangguh segera tetapi bila berucap payah hendak berhenti. Lalu beliau berjenaka betapa bagi orang berkasih ‘payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihi’.
Itulah kata perpisahannya kerana selepas muktamar itu beliau menjalani rawatan pembedahan pintasan jantung, tidak jaga-jaga hingga menghembus nafas terakhir pada pagi 23 Jun 2002, ketika pimpinan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu beliau sendiri tetapkan.”

– Pak Hj Subki Latif

Ucapan Terakhir Sang Murabbi Dalam Muktamar Terakhir Buatnya.

 

Detik-detik perginya sang murabbi.

10.30 :malam berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham Ustaz Fadzil Noor diterima.

23 Jun 2002

1.30 :pagi keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 :pagi berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 :pagi berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 :pagi jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 :petang jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 :petang jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 :petang rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 :petang jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 :petang jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 :petang maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 :petang memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 :petang jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 :petang dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 :malam selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 :malam maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 :malam jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 :malam jenazah selamat dikebumikan.

10.00 :malam upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

-Rahmat Wel

Kisah pemergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sering menjadi nostalgia kepada mereka yang menyayanginya baik ahli politik mahupun agamawan. Setiap kali tiba 23 Jun, ramailah yang akan mengenang semula Allahyarham. Begitu terkesan dengan sentuhan-sentuhan Allahyarham sehingga menetap memori yang tidak mampu dilupakan.

Begitulah hebatnya insan yang bergelar murabbi ini. Baik dikenang oleh seteru politiknya, mahupun rakan-rakanya. Murabbinya sukar dicari ganti. Hadirnya menyinari ummah. Perginya dikenang dan dirindui. Semoga Allahyarham tenang di sana. Allah mengasihinya lebih daripada kita.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*