Kisah Anwar Ibrahim Selepas Dipecat

kisah anwar ibrahim

Fakta Sejarah Kisah Anwar Ibrahim Pada 2 September 1998. Fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Marilah kita mengimbau semula fakta ini yang pastinya ada sisi menarik tersendiri.

Seperti di dalam gambar, Anwar Ibrahim memberi ucapan kepada hadirin untuk meraikan sokongan padu kepadanya dan apa yang pelik di dalam gambar tersebut pasti kita semua merasa terkejut. Kelihatan Zahid Hamidi seperti duduk bersembunyi di belakang lelaki berkopiah putih.

Pada 02 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ribuan penyokong Anwar pada malam tersebut berkumpul. Kebanyakanya daripada Umno. Antara yang hadir adalah Zahid Hamidi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO ketika itu.

Takbir berkumandang dilaung Zahid Hamidi. “Saudara-saudara, malam ini kita berikrar akan pertahankan Anwar Ibrahim ke titisan darah terakhir. Allahuakbar!”

Namun sehingga hari ini, beliau masih kekal dalam UMNO malah telah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Terkejut bukan? Namun itulah norma masyarakat dan manusia. Sering berubah dan berbolak balik.

Walau bagaimanapun, kita tidak berpihak pada siapa pun kerana mungkin pilihan setiap manusia ada hujahnya yang tersendiri. Oleh itu, fakta ini boleh difikirkan sendiri dan renungi ia semoga menjadi pedoman dan pengajaran.

Fakta Menarik: Biodata Tun Mahathir dan Latar Belakangnya Yang PELIK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*