Harga Petrol Terkini Mingguan Malaysia Tahun 2017

harga petrol

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan jadual harga bahan api kegunaan kenderaan setiap minggu iaitu diumumkan pada hari rabu. Harga Petrol ditentukan berdasarkan purata harga pasaran dunia pada minggu sebelumnya. Berikut adalah jadual harga RON97, RON95 dan DIESEL mingguan untuk bulan dalam tahun 2017

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan Ogos-September 2017

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
3 Ogos – 9 Ogos RM2.07 RM2.32 RM2.05
10 Ogos – 16 Ogos RM2.12 RM2.39 RM2.06
17 Ogos – 23 Ogos RM2.15 RM2.43 RM2.04
24 Ogos – 30 Ogos
31 Ogos – 6 Sept

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan September-Oktober 2017

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
7 Sept – 13 Sept
14 Sept – 20 Sept
21 Sept – 27 Sept
28 Sept – 4 Okt

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan Oktober-November 2017

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
5 Okt – 11 Okt
12 Okt – 18 Okt
19 Okt – 25 Okt
26 Okt – 1 Nov

 

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan November-Disember 2017

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
2 Nov – 8 Nov
9 Nov – 15 Nov
16 Nov – 22 Nov
23 Nov – 29 Nov
30 Nov -6 Dis

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan Disember 2017 – Januari 2018

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
7 Dis – 13 Dis
14 Dis – 20 Dis
21 Dis – 27 Dis
28 Dis – 3 Jan 2018

harga petrol

BACA: Perbandingan Harga Minyak 2017 Dan 2016

Bagaimana Kerajaan Menetapkan Harga Petrol?

Bermula bulan Julai 2015, KPDNKK telah membuat perubahan penetapan harga minyak dalam negara kerana faktor harga minyak mentah dunia yang tidak menentu. Pihak kementerian tidak lagi mengumumkan harga minyak seperti sebelumnya. Sejak pada itu, pihak kementerian telah membuat satu sistem baru dalam menetapkan harga minyak. Sistem itu disebut sebagai sistem apungan terurus.

Apakah itu sistem apungan terurus? Sistem apungan terurus bererti harga minyak adalah bergantung sepenuhnya dengan harga pasaran minyak mentah dunia. Berikutan penghapusan subsidi bahan api oleh kerajaan, sistem ini telah diguna pakai untuk membolehkan harga minyak tempatan relevan dengan harga pasaran minyak mentah dunia.

Sistem apungan terusus beroperasi berdasarkan kiraan harga pasaran secara purata bulanan minyak mentah dunia. Ini bererti, harga pasaran minyak mentah dunia diambil kira dari awal bulan hingga akhir bulan dibahagi dengan jumlah hari bulan tersebut. Maka, semakin mahal harga pasaran secara purata minyak mentah dunia maka penetapan harga runcit minyak dalam pasaran di Malaysia akan semakin mahal. Begitulah juga sebaliknya. Penetapan harga ini diambil kira berdasarkan purata harga bulan sebelumnya dan menjadi penentu harga pada bulan selepasnya.

Selain daripada sistem apungan terurus, harga minyak juga ditentukan oleh nilai mata wang Malaysia dibandingkan dolar Amerika. Semakin kukuh nilai mata wang semasa, maka semakin murah harga minyak runcit di pasaran. Ini kerana ringgit dan dolar sangat berkait rapat dengan proses dagangan minyak mentah dunia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*