Harga Gula Akan Naik 40 Sen MSM Malaysia Holdings Bhd

harga gula

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini, pengeluar gula tempatan ingin menaikkan harga gula untuk mengekalkan prestasi syarikat memandangkan faktor ekonomi dan nilai ringgit yang tidak menentu.

MSM Malaysia Holdings Bhd dilapor masih berunding dengan pihak kerajaan untuk menaikkan harga gula kepada 40 sen berbanding kenaikkan yang dilakukan pada 1 Mac lalu hanya sebanyak 11 sen. Kini, syarikat pengeluar itu berunding untuk menaikkan lagi sebanyak 29 sen untuk menjadikan keseluruhanya 40 sen kenaikkan bagi memastikan keuntungan syarikat terjamin memandangkan keadaan ekonomi semasa yang cukup mencabar.

Dalam pada itu, ketua pegawai eksekutif Felda Global Venture (FGV), Datuk Zakaria Ahmad mengakui keadaan ekonomi yang cukup mencabar susulan harga keperluan itu yang tidak stabil dan prestasi ringgit yang meruncingkan. Sumber.

FGV memiliki 51 peratus saham dalam MSM Malaysia Holding Bhd, syarikat pengeluar utama gula dalam negara ini. Harga gula terkini RM2.95 setelah dinaikkan sebanyak 11 sen pada 1 Mac yang lepas. Harga gula dijangka naik kepada RM3.24 sekiranya kenaikkan 29 sen dilakukan.

MENARIK: Budak Sabah Miliki Mata Warna Biru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*